suria

Jaja Iliyes ‘cuak’ dengan Wan Maimunah, takut tenggelam dalam babak emosi - “Nak sama level dengan dia memang tak mungkin!”

Jaja gementar kali pertama bergandingan dengan Wan Maimunah.

PERTAMA kali digandingan dengan 'ratu air mata' iaitu Wan Maimunah dalam filem Petaka, ia ternyata memberi pengalaman baharu dalam karier seni pelakon Jaja Iliyes.

Akui Jaja, 25, pada mulanya dia berasa takut apabila dimaklumkan akan berlakon dengan Wan Maimunah yang dianggap sebagai dramatis hebat.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjurai air mata Wan Maimunah terharu terima bantuan - “Alhamdulillah, setiap yang baik pasti akan dibalas kebaikan”

"Berlakon dengan Wan Maimunah memberi pengalaman baharu dalam karier seni saya. Dia sememangnya dikenali sebagai ratu air mata.



Salah satu babak menyentuh perasaan antara Jaja, Wan Maimunah dan Azman dalam filem Petaka.

"Banyak babak antara kami berdua yang bermain dengan emosi. Masa mula-mula saya dapat tahu kena berlakon dengan dia, sejujurnya saya takut.

"Sebab saya tahu level lakonan dia... macam mana mudahnya dia membawa watak air mata. Saya masih baharu dalam industri, tiba-tiba dapat bergandingan dengan dia.

"Nak sama level dengan dia memang tidak mungkin la... tapi kena pastikan kita tak tenggelam," kata Jaja kepada mStar.

Saya sangat hormati dia yang sentiasa layan kita seperti seorang ibu dengan anak.

JAJA ILIYES

PELAKON

Pemilik nama Siti Hajar Iliyes ini ditemui ketika sesi pra tonton filem Petaka di Knack Knack Studio, Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem yang turut menampilkan Azman Ahmad, Nabila Huda, PU Azman dan Coki itu bakal ditayangkan di Astro First pada Disember depan.

Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini memberitahu Wan Maimunah yang mesra disapa sebagai 'ibu' banyak memberi ilmu tentang lakonan kepadanya.



Jaja bersama pelakon utama iaitu Azman dan Coki (kanan).

"Ibu memang power, dia tak tinggalkan kami. Banyak ilmu yang saya dapat belajar apabila berlakon dengan ibu.

"Ibu seorang yang tidak kedekut. Dia sentiasa beri kita sama-sama naik, bukan nak nampak dia seorang saja nak menang.

"Itulah ibu... Wan Maimunah. Saya sangat hormati dia yang sentiasa layan kita seperti seorang ibu dengan anak," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain