KOMPOSER dan penyanyi baharu Yonnyboii meluahkan rasa syukur dan teruja apabila tiga lagu kolaborasinya bersama beberapa artis layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35). Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 22, menganggap peluang ini merupakan rezeki dikurniakan oleh Allah kepada dia dan rakan-rakan duetnya. Tiga lagu yang bakal bertanding di pentas SFMM35 pada November ini ialah X Missing You (Faizal Tahir, Dayang, Tuju & Yonniboii), lagu Kelabu (Yonniboii & Azlan The Typewriter) dan Sakit (Yonniboii & Zynakal). ARTIKEL BERKAITAN: Tiga lagu Yonnyboii layak ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 35, Peluang Kedua dan Aku Bidadari Syurgamu turut tersenarai... ini 30 lagu yang akan bersaing! "Secara peribadi, saya berasa rendah diri kerana terlalu baru dalam industri dan sejujurnya memang saya tak pernah sangka akan layak ke peringkat ini walaupun selalu impikan. "Mungkin ini rezeki saya atau mungkin juga saya terselit dalam rezeki orang lain kerana ketiga-tiga lagu yang saya layak ini pun semua lagu kolaborasi. "Walaupun lagu solo tak tersenarai, saya turut rasa bertuah dapat ke peringkat ini dari hasil kolaborasi dan apa yang saya boleh katakan tanpa mereka siapalah saya. Lagu Sakit nyanyian Yonnyboii bersama Zynakal layak ke pentas separuh akhir. Tidak mahu bersikap pilih kasih, Yonnyboii menganggap ketiga-tiga lagu yang layak itu mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. "Kali pertama saya dapat anugerah ialah anugerah daripada platform streaming Joox, jadi sekiranya saya menang untuk anugerah ini, saya bersyukur. Lima lagu terbaik saya rasa... Aku Bidadari Syurgamu, Peluang Kedua dan tiga lagi lagu ialah lagu saya. YONNYBOII PENYANYI "Ketiga-tiga lagu ini mempunyai jalan cerita yang tersendiri dan antara keistimewaan bagi setiap lagu ialah saya dapat bertemu dan bekerjasama dengan orang yang lebih berpengalaman dan berbakat. Dalam pada itu, ditanya tentang ramalan lagu yang bakal melangkah ke Anugerah Juara Lagu 35, Yonnyboii berkata, Aku Bidadari Syurgamu dan Peluang Kedua antara karya yang bakal memberi saingan sengit kepadanya. "Kalau tanya saya tentang lima lagu terbaik dalam senarai itu, saya rasa lagu Aku Bidadari Syurgamu (Datuk Siti Nurhaliza), Peluang Kedua (Nabila Razali) dan lagi tiga lagu mesti saya letak lagu-lagu saya seperti lagu X Missing You (FT Dayang, Tuju & Yonniboii), lagu Kelabu (Yonniboii & Azlan The Typewriter) dan Sakit (Yonnyboii & Zynakal) kerana letak dalam senarai itu kan satu doa juga," ujarnya. Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 yang akan menyaksikan 30 buah lagu bertanding bakal berlangsung pada 20,21, dan 22 November ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!