suria

Ardell Aryana berjaya kumpul dana RM22,000 bina rumah asnaf - “Pakcik menangis... terkejut saya datang bawa kontraktor”

Ardell berkongsi foto keadaan pondok usang yang didiami keluarga asnaf.

PELAKON Ardell Aryana meluahkan rasa syukur apabila dia dan pengikut di laman sosialnya berjaya mengumpul dana untuk membina rumah baharu buat keluarga asnaf.

Menurut Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 30, dia memperuntukkan sebanyak RM22,000 daripada hasil kutipan dana untuk membina rumah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana alami pendarahan teruk selepas bersalin - “Umi muntah sampai pengsan, turun darah banyak”

Biarpun tidak besar namun warga tua yang menerima bantuan itu menangis kerana terkejut dengan kedatangan mereka pada Khamis.



Ardell luah rasa syukur dapat bina rumah untuk keluarga asnaf.

"Bismillah... hari ini saya turun ke tempat pakcik ini dengan kontraktor saya. Saya akan bincang untuk buat design yang cantik dan ikut bajet RM22,000.

"Alhamdulillah... kita dapat sama-sama bina rumah baru untuk keluarga pakcik ini. Insya-Allah bulan ini siap rumah buat pakcik ini.

"Tak besar tapi selesa untuk keluarga pakcik ini. Dalam satu rumah ada satu tandas, satu bilik tidur, kawasan dapur dan ruang tamu.

Moga syurga buat kalian, ini saham akhirat kita bersama.

ARDELL ARYANA

PELAKON

"Pakcik menangis... terkejut saya datang hari ini bawa kontraktor. Dia balik kerja terkejut saya cakap duit dana bina rumah dah cukup" katanya.

Isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa itu berkongsi perkara itu di Instastory miliknya dengan memuat naik foto pondok usang tempat tinggal warga emas itu .

Dalam pada itu, pelakon drama Klik! Pengantin Musim Salju ini mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya yang sudi mengumpul dana bersama-sama.



Ardell bersama anak perempuannya, Urwa.

"Terima kasih kepada semua pengikut saya yang sudi bersama saya kumpul bina rumah batu untuk keluarga ini.

"Walaupun rumah kos rendah tetapi Insya-Allah ia cukup selesa buat keluarga ini. Moga syurga buat kalian. Ini saham akhirat kita bersama.

"Selagi mana keluarga asnaf ini menggunakan untuk berteduh dan menggunakan dari setiap sudut rumah ini, Insya-Allah pahala buat kalian," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain