suria

Tahniah! Erra Fazira selamat bernikah - “Tak sangka... memang berita mengejutkan”

Dr Zulkifli ucap tahniah kepada Erra Fazira atas pernikahannya pada pagi Khamis.

TIADA angin tiada ribut, nama pelakon Erra Fazira menjadi perhatian apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan tahniah selepas selamat diijabkabulkan pada Khamis.

Zulkifli bagaimanapun menjelaskan individu berkenaan bukanlah pelakon popular seperti sangkaan ramai sebaliknya ialah seorang wanita yang secara kebetulan memiliki nama sama.

Menurut Zulkifli, pada awalnya dia turut terkejut kerana menyangkakan pelakon filem Sembilu itu melangsungkan pernikahan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

ARTIKEL BERKAITAN: Hormati perasaan isteri hamil sebelum diceraikan, walaupun hukumnya harus - Mufti

"Tahniah puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka.

"Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu.

Perkongsian Dr Zulkifli di laman Facebook.

"Semoga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah," katanya menerusi Facebook pada Khamis.

Dalam hantarannya itu, dia turut berkongsi beberapa keping foto pasangan pengantin ketika upacara pernikahan.

Sementara itu, Zulkifli turut memaklumkan majlis pernikahan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Majlis berlangsung dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Jawi.

DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

MENTERI HAL EHWAL AGAMA

"Ia berlangsung di pejabat Jawi dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Jawi," jelasnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengakui turut terkejut dengan berita gembira yang dikongsi Zulkifli itu.

Malah, ada juga pengikut yang terhibur dengan perkongsian itu.

Pengantin perempuan bernama Erra Fazira selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hati.

"Memang berita mengejutkan... saya pun tak sangka Erra Fazira bertemu jodoh semasa Covid-19 ini.

"Alhamdulillah untuk pengantin. Semoga bahagia sampai ke Jannah. Boleh tahan Datuk buat kejutan!

"Sekali-sekala Datuk bergurau apa salahnya, kami pun terkejut buka mata besar baca berita ni. Selamat pengantin baharu untuk pasangan, semoga dilimpahi rezeki dan kebahagiaan," komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain