suria

Syukur! Keluhan penggiat seni dan kru belakang tabir didengar, dapat peruntukkan RM15 juta

Kerajaan Malaysia mendengar keluhan penggiat seni.

KELUHAN penggiat seni dan tenaga kerja produksi didengar kerajaan apabila golongan itu turut menerima bahagian dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang berlangsung pada petang Jumaat.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan kepada agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya atau Cendana.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Belanjawan 2021 - Frontliners dapat one-off RM500

Menurutnya, peruntukkan tersebut bertujuan untuk melaksanakan program kesenian dan kebudayaan yang akan memberi manfaat kepada lebih 5,000 penggiat seni serta petugas belakang tabir.

"Kerajaan mendengar keluhan penggiat seni termasuk tenaga kerja produksi belakang tabir. Sehubungan itu, sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan kepada agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya.

"Ia bagi melaksanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan yang bakal memanfaatkan lebih 5,000 penggiat seni dan petugas produksi belakang tabir," katanya.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 pada petang, Jumaat.

Tengku Zafrul diberi mandat untuk membentangkan dokumen penting berkenaan di Dewan Rakyat bermula pukul 4 petang.

Ia merupakan belanjawan pertama oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menjelaskan mengenai Belanjawan 2021, kata Muhyiddin ia bersifat inklusif dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk wakil pembangkang.

Fokus utama adalah menangani masalah Covid-19, melindungi rakyat untuk kelangsungan hidup golongan mudah terjejas dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Belanjawan 2021 dirangka berdasarkan tiga matlamat induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelansungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain