suria

Emosi terganggu ketika PKP, Hafreez Adam bawa ibu tinggal bersama - “Cukuplah tiga bulan tak jumpa mereka”

Hafreez bawa ibu dan adik tinggal bersama di rumahnya di Kuala Lumpur.

BIMBANG jika kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia, pelakon Hafreez Adam mengambil langkah segera dengan membawa keluarga yang menetap di Wangsa Maju tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.

Menurut Hafreez, 30, pengalaman tinggal berasingan dengan keluarga selama tiga bulan pada Mac lalu membuatkan emosinya sedikit terganggu memikirkan keselamatan keluarga terutama ibu tersayang.

"Sebelum ini saya memang tinggal sendirian tapi sekarang saya dah bawa ibu dan adik-beradik yang lain tinggal sekali bersama saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam sedar diri jadi pengecut selepas bergelar pelakon - “Aku tak nak orang nampak kelemahan, terlalu takut dinilai”

"Saya tak mahu lagi berpisah dengan keluarga. cukuplah tiga bulan kami tak jumpa gara-gara PKP pada Mac lalu.



Hafreez tak sanggup berpisah dengan ibu tersayang.

"Jadi saya tak nak perkara itu berlaku lagi dan kalau PKP dilaksanakan semula saya sudah bersama keluarga. Kalau sebelum penularan Covid-19 ini seminggu sekali saya tetap balik bertemu keluarga," katanya kepada mStar.

Sementara itu, pelakon drama Monalisa ini memberitahu dia bermuhasabah diri sepanjang tempoh tiga bulan PKP lalu sehingga menyedari banyak melakukan kesalahan kepada orang sekelilingnya.

Saya mula sedar kesilapan diri itu dan sedang fokus dalam memperbaiki hubungan dengan kawan-kawan.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

"Saya habiskan masa di rumah... muhasabah diri serta melihat kembali kehidupan saya yang dulu.

"Saya mula sedar sepanjang saya bekerja dulu terlalu sibuk sampaikan saya tiada masa untuk semua orang termasuklah bekas pasangan saya yang dulu. Malah, ketika kawan-kawan baik memerlukan pun saya tiada.

"Saya mula sedar kesilapan diri itu dan sedang fokus dalam memperbaiki hubungan dengan kawan-kawan. Saya akui sebagai manusia saya melakukan kesilapan ini," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hafreez Adam, PKP, ibu, keluarga,

Artikel Lain