suria

Peserta 'Vokal Mania' seronok dapat pujian juri - “Memang impian saya bertarung dengan Aina Abdul”

Hakeem Zamall sudah lama memasang impian berganding suara dengan Aina Abdul.

PERSEMBAHAN bertenaga peserta Vokal Mania iaitu Hakeem Zamall dan Aina Abdul semasa pusingan battle menerima pujian dan komen positif juri serta penonton.

Menurut Hakeem atau nama sebenar Zulhakeem Khamarul Zamal, 22, pada awalnya dia tidak mengetahui bakal bersaing dengan Aina sehingga dimaklumkan oleh produksi sebelum persembahan bermula.

"Alhamdulillah... juri Yusry Abdul Halim memuji persembahan saya dalam pusingan battle itu, rasa seronok sangat dan lega dah buat persembahan terbaik malam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian di 'Vokal Mania' teruk dikritik, Nuha Bahrin akan belajar kawal emosi ketika menyanyi - “Ada yang anggap saya mempunyai potensi dalam industri”

"Sebenarnya sebelum pusingan itu, saya tak tahu pun akan dicabar oleh Aina sehinggalah nama kami dipaparkan pada skrin... pihak produksi hanya memberikan tajuk lagu dan bahagian perlu dinyanyikan sahaja, jadi tiada sebarang latihan bersama.

"Mula-mula tu gementar juga sebab kita tahu Aina memiliki kehebatan vokal yang tak boleh dipertikaikan... tetapi dalam masa sama memang impian saya untuk berpadu suara dengan dia dalam pusingan ini," katanya kepada mStar.



Hakeem mahu lakukan lebih baik jika berpeluang ke pentas separuh akhir Vokal Mania.

Dalam pusingan battle itu, Hakeem selaku rookie dicabar oleh idol iaitu, Aina Abdul menerusi lagu If I Ain't Got You nyanyian asal Alicia Keys.

Sejurus persembahan, juri tetap iaitu Yusry dan Misha Omar memuji gandingan mereka berdua sehingga sukar untuk memilih pemenang.

Bagaimanapun selepas menilai persembahan solo yang pertama, Yusry memilih Aina Abdul sebagai pemenang.

Sejujurnya dalam pertandingan ini semua peserta ada kelebihan masing-masing... saya tak boleh cepat rasa selesa atau berpuas hati dengan pujian yang diberi.

HAKEEM ZAMALL

ROOKIE VOKAL MANIA

Mengulas mengenai keputusan itu, Hakeem menyedari ada melakukan beberapa kesilapan semasa menyanyikan lagu solo berjudul Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Sahanaya.

"Sebenarnya untuk persembahan pertama itu saya boleh buat lebih baik lagi dan jika diberi peluang pasti saya akan perbaiki nyanyian saya itu.

"Sejujurnya dalam pertandingan ini semua peserta ada kelebihan masing-masing... saya tak boleh cepat rasa selesa atau berpuas hati dengan pujian yang diberi.

"InsyaAllah doakan supaya saya layak ke separuh akhir dan saya mohon penonton dan peminat teruskan mengundi!" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain