suria

Tiga hari hilang, Nana Sheme minta bantuan orang ramai cari kucing kesayangan

Nana Sheme masih mencari kucing kesayangannya.

HAMPIR tiga hari kehilangan kucing peliharaan, penyanyi Nana Sheme memohon bantuan orang ramai memberi maklumat jika ternampak haiwan kesayangannya itu.

Nana atau nama sebenarnya, Nur Nabilah Hashimi, 25, berkata, kucing berwarna kelabu berusia dua tahun itu dijaga oleh rakannya buat sementara waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami masalah mental, Nana Sheme jumpa pakar psikiatri ketika usia 12 tahun - “Saya berehat dari laman sosial untuk rawat trauma”

"Sebenarnya kucing tu saya tak boleh nak bela dalam rumah sebab saya ada adik kecil, baby lagi. Jadi kucing tu saya tumpangkan dekat rumah kawan buat sementara.

"Saya sedar kucing hilang sebab selalunya bila kawan saya balik kerja kucing tu akan datang sambut dan main-main dekat kaki, tapi malam tu dia hilang, kawan saya terus keluar cari di kawasan rumah.

"Oleh disebabkan banyak sekatan jalan raya, saya tunggu keesokan hari untuk cari kucing itu," katanya kepada mStar



Nana Sheme mencari kucing kesayangan.

Nana berkata, kucing yang diberi nama Dusty itu hadiah daripada penyanyi kanak-kanak Alyssa Dezek.

Tambahnya, dia tidak menawarkan sebarang ganjaran sebaliknya berharap orang ramai membantu mencari kucing itu dengan seikhlas hati.

Bekas peserta Big Stage musim ketiga ini juga berterima kasih kepada netizen yang menyalurkan info dan berkongsi tip untuk mendapatkan semula haiwan berkenaan.

"Alhamdulillah.. Saya betul-betul tak sangka ramai yang prihatin bantu cari kucing saya, share posting dan bagi tip pada saya.

"Ada yang bagi tip pada saya suruh beri makanan kat semua kucing-kucing jalanan kawasan situ dan suruh kucing-kucing itu doakan saya supaya jumpa balik Dusty," ujar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Nana Sheme, kucing hilang,

Artikel Lain