suria

Nazrief Nazri terbuka hati timang anak selepas setahun ‘honeymoon’ - “Mula-mula kahwin memang tak nak lagi, sekarang kami dah sedia”

Nazrief bahagia melayari alam rumah tangga bersama isteri.

GENAP setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Nazrief Nazri berkata dia dan isteri, Aizatul Aqma kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.

Bagaimanapun kata Nazrief, 29, dia yakin Tuhan mempunyai perancangan yang baik untuk dia dalam membina keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazrief Nazri selamat bergelar suami kepada model, rancang majlis nikah hanya sebulan

"Masa mula-mula kahwin, kami memang merancang tak nak ada anak lagi. Tetapi sekarang kami dah agak bersedia dan serah kepada Allah SWT.

"Maksudnya buat masa sekarang kami tak terlalu berharap dan tak juga menolak rezeki," katanya kepada mStar.

Nazrief dan pasangan mendirikan rumah tangga pada 15 15 November tahun lalu.

Nazrief akui bahagia jalani kehidupan sebagai seorang suami.

Baru-baru ini dia berkongsi foto meraikan ulang tahun perkahwinan bersama Aizatul di Sekinchan, Selangor berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi.

"Alhamdulillah, setahun yang membahagiakan. Apa yang saya boleh katakan, banyak benda kami belajar bersama dan saling bantu-membantu," katanya.

Isteri saya sangat memberi sokongan pada saya walaupun mula-mula dulu tak biasa nak buat video bersama.

NAZRIEF NAZRI

PELAKON

Sementara itu Nazrief berkata walaupun terpaksa melalui awal perkahwinan di musim pandemik Covid-19, dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya mempunyai isteri untuk menemaninya sepanjang tempoh ini.

Malah dia turut menggunakan masa terluang dengan menghasilkan video menarik bersama isteri untuk tatapan pengikut di laman sosial.

"Setakat ni 90 peratus video saya bersama isteri menerima komen-komen yang positif. Selebihnya tu ada juga yang buat akaun palsu untuk kecam.

Nazrief hargai pengorbanan isteri tersayang.

"Bagi saya senang saja, saya terus block, tak perlu marah-marah atau balas komen tu," katanya.

Sementara itu Nazrief yang kini aktif sebagai perunding kewangan berkata dia juga mahu mendidik peminat dan pengikutnya di media sosial untuk memahami kepentingan ilmu berkenaan di media sosial.

"Sebenarnya saya nak wujudkan satu kefahaman mengenai kewangan di media sosial. Jadi apabila saya buat video sweet dengan isteri, saya turut selitkan juga tentang itu.

"Dalam dunia sekarang kalau saya asyik terang pasal kewangan, orang bosan jadi saya kena pandai mencuri perhatian netizen. Isteri saya sangat memberi sokongan pada saya walaupun mula-mula dulu tak biasa nak buat video bersama," jelasnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain