suria

Wow! Wani Syaz ‘bergelek’ tarian padang pasir pula dalam MV Habibi - “Selagi ia tidak nampak berlebihan saya ikut saja”

Wani mahu keluar dari zon selesanya.

PERNAH dikecam gara-gara menari dalam video muzik lagu Pendusta Cinta, penyanyi Wani Syaz menganggap ia satu cubaan untuk dia keluar daripada zon selesa.

Menurut Wani atau nama sebenarnya Nursyazwani Selamat, 23, sebagai anak seni dia perlu memberanikan diri untuk mencuba sesuatu yang baharu supaya peminat tidak jemu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani jual 'chicken chop', ayam penyet di bazar Ramadan

Biarpun ramai pihak tidak yakin dengan kemampuannya membawa lagu bernada tinggi namun dia berjaya membuka mata mereka selepas menyertai Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama.

Wani buktikan kemampuan dia menyanyikan lagu bernada tinggi.

"Sebagai anak seni saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya memang sedikit malu pada awalnya, tetapi apabila dah cuba saya rasa selesa dan best pula.

"Jika tak cuba saya tak akan keluar daripada zon selesa, bimbang nanti peminat akan bosan dan syukur muzik video tersebut mencecah 26 juta tontonan di YouTube.

"Sebelum menyertai GGV ramai yang tidak yakin akan kemampuan saya membawakan lagu bernada tinggi tapi akhirnya saya berjaya membuka mata ramai pihak termasuk syarikat rakaman," katanya kepada mStar.

Apa yang positif saya ambil dan yang negatif itu saya tolak tepi saja.

WANI SYAZ

PENYANYI

Wani kini tampil dengan lagu terbaharu duet bersama penyanyi Waris berjudul Habibi yang sudah dilancarkan pada Isnin di YouTube.

Muzik video tersebut sudah mencecah 30,000 tontonan dan mendapat banyak komen positif daripada netizen.

Dalam pada itu, Wani memberitahu pemilihan konsep dan tarian dalam muzik video tersebut juga dilakukan selepas perbincangan bersama keluarga dan syarikat pengurusannya.

Wani bergandingan dengan Waris menerusi lagu Habibi.

"Pada saya semua yang dilakukan itu atas perbincangan bersama keluarga dan syarikat rakaman. Selagi ia tidak nampak berlebihan saya ikut saja.

"Dalam muzik video kali ini saya menari tidak berlebihan sebab lagu ini pun berentak perlahan. Memang ada yang komen positif dan negatif.

"Apa yang positif saya ambil dan yang negatif itu saya tolak tepi saja," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain