suria

Hidung berdarah, hingus meleleh... Sharnaaz Ahmad tetap bekerja - “Selesai buat pembedahan, saya bukan nak meraih simpati”

Hidung Sharnaaz berdarah tanpa henti selepas selesai pembedahan sinus.

PELAKON terkenal Sharnaaz Ahmad selamat menjalani pembedahan sinus yang dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta pada Khamis.

Walaupun pendarahan dalam hidungnya masih jelas kelihatan, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, sempat berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad setuju bayar nafkah anak RM1,200 sebulan

Menurut Sharnaaz, tujuan dia berkongsi video tersebut bukan untuk meraih simpati namun sekadar berkongsi perkembangannya selepas pembedahan tersebut.

Saya bukan nak meraih simpati tapi nak beritahu pembukaan kedai makan saya.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

"Buat yang tertanya-tanya tentang saya... saya okay, Alhamdulillah. Baru saja selesai buat pembedahan. Saya ada masalah sinus. Saya pun tak boleh cakap lama sebab hingus dan darah akan keluar.

"Minta maaf kepada sesiapa yang tertengok video ini. Saya bukan nak meraih simpati tapi nak beritahu pembukaan kedai makan saya bermula 11 pagi, esok (Jumaat)," katanya.

Menerusi video berdurasi empat minit itu masih jelas kelihatan keadaan hidung pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu yang mengalir darah tanpa henti.

Sharnaaz berkongsi mengenai keadaannya di Instagram.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mendoakan agar bekas suami kepada usahawan Noor Nabila itu cepat sembuh.

"Apa-apa pun, saya doakan awak cepat sembuh. Sebab Allah sayang, dia beri kita ujian. Jadi InsyaAllah mudah-mudahan cepat sembuh.

"Bro rehatlah... kasihan tengok sakit-sakit pun kerja. Apa-apa pun semoga cepat sembuh.

"Aunty doakan semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan," komen beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain