MENYEDARI keadaan bapanya yang semakin berusia, penyanyi Usop akhirnya mengambil lesen B Full untuk memudahkan dia bergerak sendiri jika mempunyai komitmen di Kuala Lumpur. Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 23, mengakui kehidupannya seperti 'merempat' setiap kali berada di KL disebabkan tidak boleh memandu kenderaan. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buat pendedahan, Usop sedih kekasih digelar kaki kikis - “Nak kikis apa? Rumah dan kereta pun tak ada lagi” "Ya... sekarang saya dalam proses mengambil lesen memandu kereta dan lesen motosikal di Kedah. Dah lama ada niat nak ambil lesen sebab kasihan dekat ayah yang dah tua. Sememangnya saya dah lama idamkan nak beli motosikal berkuasa tinggi. USOP PENYANYI "Saya pula sejenis yang suka balik pada hari yang sama apabila pergi penggambaran atau ke mana-mana. Sebab tu kalau dah ada lesen lebih mudah untuk bergerak sendiri. "Bukan apa, saya ni boleh dikatakan merempat setiap kali pergi show dekat Kuala Lumpur, mesti saya tidur rumah pengurus saya," kata Usop kepada mStar. Sebelum ini naib juara program realiti Big Stage 2020 itu memuat naik foto dia sedang mengikuti kelas memandu di Instagram miliknya. Dalam pada itu Usop mengakui dia menyimpan hasrat untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi namun bukan dalam masa terdekat. Usop menyimpan niat untuk berkahwin dengan kekasihnya. Menurut penyanyi Pencinta Setiamu ini, biarpun memperoleh wang kemenangan sebanyak RM50,000 daripada program Big Stage namun dia tetap dengan pendirian untuk menyimpan bagi majlis perkahwinannya nanti. "Sememangnya saya dah lama idamkan nak beli motosikal berkuasa tinggi, cuma tak tahu bila lagi. Sebab tu saya ambil lesen motosikal B Full. "Mana tahu ada rezeki lebih untuk beli superbike BMW atau Ducati Panigale. Tapi rezeki saya menang baru-baru ni, saya niat nak simpan untuk jadikan duit kahwin. "InsyaAllah kalau ada rezeki lain akan datang, baru saya fikir tentang motosikal," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!