KEPUTUSAN pelakon Sarah Hildebrand untuk tidak lagi mengenakan hijab sejak pertengahan Oktober lalu terus mengundang kritikan sehinggalah ruangan komen di akaun Instagram suaminya iaitu Otto Gillen turut dihujani pelbagai teguran dan nasihat daripada netizen. Menjawab salah satu komen yang ditinggalkan, Sarah meminta individu berkenaan tidak lagi menghantar mesej yang kurang tepat mengenai hijab termasuklah soal hidayah di laman sosial milik suaminya itu. Menurut Sarah atau nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, tiada manusia yang berhak untuk mengadili seseorang kerana hidayah itu milik Allah. ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto 'free hair', Sarah Hildebrand buka tudung - “Terima kasih kepada yang positif dan menyokong tanpa menilai” "Bagaimana anda tahu bahawa Tuhan tidak akan membimbing saya ke jalan yang benar dan bagaimana anda tahu bahawa saya berada di jalan yang salah? Anda tidak tahu jadi tolong berhenti berceramah seperti anda tahu. "Berhenti menghantar mesej yang salah kepada suami saya. Terima kasih... doakan yang terbaik untuk orang lain dan diri sendiri" katanya. Sarah jawab pada satu komen yang ditinggalkan netizen di akaun Instagram suaminya. Sarah menjawab salah satu komen yang ditinggalkan oleh netizen di foto pertemuan mereka bersama Pencetus Ummah (PU) Azman yang dimuat naik di akaun Instagram suaminya, baru-baru ini. Dalam komen yang ditinggalkan itu, netizen berkenaan meminta Otto menasihati isterinya supaya mengenakan hijab dan mengingatkan wanita yang mendedahkan aurat tidak akan dimasukkan ke syurga. Tak perlu beritahu apa saya perlu lakukan! OTTO GILLEN SUAMI SARAH HILDEBRAND "Suruh isteri anda pakai tudung... sesiapa yang tidak memakai tudung tak dapat menghidu bau syurga. Isteri anda dah pakai tudung lama, kenapa tiba-tiba tanggal?" tulis netizen itu. Sementara itu Otto berkata sebagai suami dia lebih mengetahui tindakan dan keputusan yang dibuat oleh isterinya itu. Pasangan suami isteri ini bertemu PU Azman, baru-baru ini. "Tak perlu beritahu apa saya perlu lakukan!" komen Otto. Pada 14 Oktober lalu, Sarah memuat naik foto bersama suami tanpa memakai tudung di laman Instagram miliknya sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen. Keputusan aktres itu untuk tidak lagi berhijab turut mendapat sokongan suaminya. Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015. Sarah Hildebrand berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika itu pada 3 November tahun lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!