suria

Ayda Jebat lega dapat hadiahkan ibu rumah sebelum kahwin - “Buat mama bahagia sebelum bahagiakan orang lain”

Ayda gembira dapat tunaikan impiannya menghadiahkan rumah untuk ibunya.

IMPIAN pelakon dan penyanyi Ayda Jebat untuk menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya iaitu Rohana Mohamed sebelum mendirikan rumah tangga akhirnya tercapai.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, berkata dia juga pernah memberitahu tunangnya iaitu Nabil Mahir mengenai hasratnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat, Nabil Mahir nikah 1 Januari 2021 - “Saya pilih tarikh paling senang nak ingat”

Penyanyi lagu Temberang ini juga meluahkan rasa syukur apabila dapat membahagiakan dan membalas semula pengorbanan ibunya.



Ayda berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.

"Syukur Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin.

"Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia, sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah. Mama selalu call pesan... kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.

"Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan adik-adik. I love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti," kata Ayda.

Buat mama saya bahagia, sebelum saya bahagiakan orang lain.

AYDA JEBAT

PENYANYI

Ayda turut berkongsi berita gembira itu dengan memuat foto dia memeluk ibunya dihadapan rumah teres dua tingkat yang terletak di Puncak Alam, Selangor.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata ucapan daripada peminat yang turut mendoakan agar segala urusan perkahwinan Ayda dan Nabil dipermudahkan,

Sebelum ini, Ayda dan pengacara Nabil mahir mengumumkan mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.



Ayda dan Nabil nikah 1 Januari 2021.

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini juga menitipkan doa untuk semua orang berpeluang untuk membahagiakan orang tua masing-masing selagi mereka masih bernyawa.

"Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malah banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah," ujarnya.

Pasangan tersebut mencuri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Komposer A Ali meninggal dunia

Artikel Lain