suria

Idzham Ismail timang anak lelaki - “Kali ini lebih mudah... saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran”

Idzham Ismail bersyukur isteri selamat lahirkan anak kedua.

PELAKON Idzham Ismail meluahkan rasa syukur apabila isterinya Siti Nur Abilah Shamsudin selamat melahirkan anak kedua mereka pada pagi Ahad.

Menurut Idzham, 32, bayi lelaki itu dilahirkan secara normal pada pukul 7.45 pagi di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

"Alhamdulillah isteri selamat lahirkan anak kedua kami... sama seperti anak sulung, saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mula-mula ingat saja nak bermanja, rupa-rupanya...” - Idzham Ismail urut isteri setiap malam, buang angin sebelum tidur

"Kalau anak pertama dulu, isteri menunggu 12 jam untuk bersalin tapi kali ini sangat mudah, kami ke hospital pukul 3.30 pagi dan beberapa jam kemudian isteri selamat bersalin.

Mujurlah semua persediaan sudah dibuat awal... tentang nama itu nanti kita akan kongsikan!

IDZHAM ISMAIL

PELAKON

"Mujurlah semua persediaan sudah dibuat awal... tentang nama itu nanti kita akan kongsikan," katanya kepada mStar.

Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.



Idzham maklumkan isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat.

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini memberitahu isterinya akan berpantang di rumah ibu mentua di Selangor.

"Isteri berpantang di rumah ibunya sebab mak mentua nak jaga... saya tak kisah mana-mana pun tak apa asalkan isteri dan anak di tempat mereka selesa dan ada orang jaga.

"Saya pun sekarang tengah penggambaran dua drama serentak, jadi kalau dia di rumah dan saya balik lambat tak ada orang yang boleh jaga pada waktu malam," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain