suria

Lima penyanyi pernah dapat perhatian ‘cover’ lagu Peluang Kedua, sesuai jadi pengganti Nabila Razali di SFMM35

Siapakah yang bakal menyanyikan lagu Peluang Kedua?

SELEPAS pengumuman penyanyi Nabila Razali untuk tidak bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) akibat masalah kesihatan, beberapa nama disebut-sebut layak untuk menyampaikan lagu itu di pentas berkenaan pada malam Ahad.

Rata-rata netizen mula berteka-teki dan berharap lagu berkenaan diganti oleh penyanyi yang betul-betul sesuai untuk membawakan lagu berkenaan pada acara yang bersiaran secara langsung di TV3 itu.

Mereka juga menonton semula video beberapa artis yang pernah menyanyikan semula atau cover lagu berkenaan di laman Youtube.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali terlepas peluang Separuh Akhir Muzik Muzik 35, siapa bakal nyanyi lagu Peluang Kedua?

Ini 5 penyanyi yang pilihan mStar bagi menggantikan Nabila Razali.



Peminat berteka-teki siapakah yang bakal menggantikan Nabila Razali.

1) Khai Bahar

Penyanyi Khai Bahar mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan lagu Peluang Kedua versi lelaki.

Versi Khai juga mendapat perhatian apabila video cover yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya menerima 365,000 tontonan.

Rata-rata peminat memuji cara nyanyian Khai tidak terlalu mencuba dan penuh penghayatan.

2) Neeta Manis

Nyanyian Neeta Manis menerusi lagu Peluang Kedua di YouTube miliknya meraih sebanyak 400,000 tontonan.

Malah, nyanyiannya menjadi tular di laman Twitter yang menganggap nyanyian Neeta bersahaja dan sampai kepada pendengar.

Ada segelintir komen yang berpendapat lagu ciptaan Hael ini sepatutnya diberikan kepada penyanyi lagu Ilusi ini.

3) Aina Abdul

Vokal penyanyi lagu Semalam ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Bagilah apa sahaja lagu pasti sedap dinyanyikan dengan cara tersendiri.

Cover lagu Peluang Kedua yang dimuat naik di laman YouTube miliknya meraih 800,000 tontonan.

Rata-rata memuji vokal nyanyian Aina menyanyikan lagu berkenaan. Namun ramai mengetahui lagu nyanyian Aina berjudul Semalam turut tersenarai dalam SFMM35 kali ini. Jadi mungkinkah peserta program Vokal Mania ini menyanyikan lagu Peluang Kedua?

4) Hael Husaini

Penyanyi Hael Husaini yang juga komposer lagu berkenaan antara yang disebut-sebut paling sesuai menggantikan Nabila.

Cover lagu Peluang Kedua nyanyian Hael mendapat 3.5 juta tontonan YouTube miliknya.

Ramai peminat mula membuat spekulasi dan menjangka Hael adalah penyanyi yang akan menggantikan Nabila Razali. Bagaimanapun, sehingga kini dia masih mengunci mulut mengenai perkara itu.

5) Sarah Suhairi

Sarah Suhairi turut menjadi sebutan peminat antara yang paling layak menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Video nyanyian semula yang dimuat naik di YouTube menerima lebih 400,000 jumlah tontonan.

Pada Sabtu, lagu nyanyian Sarah bersama Ariff Bahran berjudul Bicara Rasa turut tersenarai dalam SFMM35.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain