PENYANYI dan pengacara Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila interina Sha Dila Halid dan tiga anaknya tidak dijangkiti wabak pandemik Covid-19. Alif, 30, berkongsi perkara itu di Instagram pada Selasa berkata, isteri dan anak-anaknya akan menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu.ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar mohon doa... Ibu, bapa dan adik juga positif Covid-19 “Allah kabulkan doa kalian semua... Alhamdulillah, isteri dan anak-anak Alif bebas Covid-19 dan akan dikuarantin di rumah selama dua minggu. “Alif terima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan Whatapps dan Alif ucapkan terima kasih atas doa kalian, ” ujarnya. Pada Isnin, pengurus Alif mengesahkan ibu, bapa dan adik penyanyi itu positif Covid-19. Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan, dia didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan di Hospital Melaka pada Ahad. Kemudian pada Isnin, pengurusnya Adlina Abu Bakar mengesahkan ibu, bapa dan adik perempuan penyanyi I want You To Love Me ini turut dijangkiti wabak itu. Alif turut memohon maaf atas segala kesulitan ini dan meminta semua mendoakan dia diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT. Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3, dan Muhammad ‘Ali yang kini berusia satu tahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!