suria

“Saya ini tak sengkek hingga kek pemberian TokTi pun takut dibawa ke pajak gadai” - Aishah dedah wajah individu cetus perbalahan, mahu ambil tindakan jika keterlaluan

Individu tersebut mendakwa Aishah akan menjual semula kek pemberian Datuk Siti Nurhaliza.

BERANG dengan kecaman yang berterusan, penyanyi Aishah akhirnya berkongsi wajah seorang individu yang meninggalkan komen negatif dan mencetuskan perbalahan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 hari persiapan, Aishah hampir pitam bawa lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' di SFMM35 - “34 tahun menyanyi tak pernah gementar sebegini”

Aishah berkata, individu berkenaan dilihat cuba mengambil kesempatan dengan tujuan ingin mematahkan semangatnya dalam industri seni.

"Saya tahu ramai yang nasihatkan saya untuk jangan ambil pusing tentang komen negatif. Jangan risau, wanita tua ini tidak bertahan dalam industri muzik selama lebih tiga dekad tanpa mempelajari banyak perkara.



Aishah kongsi paparan skrin komen individu tersebut.

"Ilmu pengetahuan adalah segalanya, fahami dan perhatikan siapa musuh anda. Cuba baca komen yang saya tanda itu. Jadi, ada pihak yang menangguk di air yang keruh.

"Sekadar pengingatan untuk sesiapa yang nak matikan semangat orang lain, menangis bukan tanda kelemahan, ia menunjukkan kita adalah manusia.

"Tapi bila semua air mata itu kering, lebih baik jaga langkah anda," kata Aishah.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Manismu itu memuat naik paparan skrin komen netizen yang melarang penyanyi Datuk Siti Nurhaliza memberi hadiah kepadannya.

Patut ke kita seret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran?

AISHAH

PENYANYI

Malah individu itu turut mendakwa Aishah akan menjual semula hadiah kek pemberiaan daripada Siti Nurhaliza.

Sebelum ini, persembahan Aishah menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan Siti Nurhaliza di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 pada Sabtu lalu menerima kecaman netizen.

Segelintir berpendapat Aishah tidak berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik dan tiada penjiwaan.

Menerusi laporan mStar pada Ahad lalu, Aishah mengakui bukan tugas mudah menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi terkenal itu dan ia satu tanggungjawab besar.



Siti Nurhaliza memuji persembahan Aishah di SAFMM35.

Dalam pada itu, Aishah berkata, dia mungkin akan mengambil tindakan terhadap individu itu jika masih berterusan menulis kata-kata yang menjatuhkan maruahnya.

"Ini dia wajah orang menghina gitu sekali. Saya ini taklah sengkek sangat hingga kek pemberiaan TokTi pun takut dibawa ke pajak gadai.

"Allahu, kerana pulut santan binasa. Tuan @izwanazmi ini melampau menjatuhkan reputasi dan maruah saya. What say you?

"Patut ke kita seret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran? Kepada tuan punya badan ini, ada satu request, my hubby nak sangat bersemuka dengan you," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain