suria

Semakin tenang berdepan netizen biadab, Sarah Hildebrand tak melenting suami disamakan dengan monyet - “Doakan mereka diberi akhlak yang baik”

Sarah berkongsi paparan skrin mesej netizen yang menghantar kata-kata biadab terhadap dirinya dan suami.

SELEPAS Sarah Hildebrand mengambil keputusan untuk membuka hijab, pelakon itu terus menerima kecaman daripada segelintir netizen di laman sosial.

Terbaharu, Sarah menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan paparan skrin mesej seorang individu yang menyamakan suaminya iaitu Otto Gillen dengan seekor monyet.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto dengan PU Azman, Sarah Hildebrand minta netizen jangan menyibuk isu tak bertudung - “Tolong berhenti ceramah seperti anda tahu”

Sarah, 30, bagaimanapun menganggap haiwan itu juga merupakan ciptaan tuhan yang luar biasa.



Sarah berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.

"Alhamdulillah... terima kasih, haiwan ini (monyet dalam foto yang kelihatan seperti suamiku) juga merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang luar biasa.

"Jadi, saya akan menganggapnya sebagai pujian. Sekiranya anda dapat mesej seperti ini, jangan sedih atau marah. Bersabarlah.

"Kita tidak pernah tahu apa yang mungkin dilalui oleh seseorang. Mereka mungkin sedang berdepan dengan masa yang sukar," kata Sarah.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada netizen yang turut menasihati Sarah supaya mengabaikan sahaja komen negatif.

Dengan ini, saya meminta anda semua untuk meluangkan masa anda untuk mendoakannya.

SARAH HILDEBRAND

PELAKON

Biarpun menerima kecaman yang teruk, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu sentiasa kelihatan tenang menghadapinya.

Sebelum ini, tindakan Sarah berkongsi foto bersama suami tanpa memakai tudung di Instagram mengundang kecaman netizen.



Sarah terima kecaman selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Dalam pada itu, Sarah turut mengajak netizen lain meluangkan masa mendoakan individu tersebut supaya dikurniakan akhlak yang lebih mulia.

"Dengan ini, saya meminta anda semua untuk meluangkan masa anda untuk mendoakannya. Doakan yang baik untuk dia.

"Semoga dia dianugerahi akhlak yang lebih baik dan mulia," ujarnya.

Sarah mendirikan rumah tangga dengan Otto yang berdarah kacukan Filipina-Amerika itu pada 3 November tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain