suria

Bakal lahirkan anak kembar minggu depan, Ainan Tasneem tak larat bawa perut - “Kepala dah kat bawah, harap sangat dapat bersalin normal”

Ainan mengalami masalah kesukaran tidur disebabkan perutnya semakin membesar.

BAKAL melahirkan sepasang anak kembar tidak lama lagi, penyanyi Ainan Tasneem berkongsi mengenai keadaan dirinya yang sering mengalami sakit belakang dan pinggang.

Menurut Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, dia kini mengalami kesukaran untuk tidur memandangkan keadaan perutnya semakin membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ainan Tasneem hamil sepasang anak kembar - “Yang girl boleh teman kakak main masak-masak, boy teman abuya solat jemaah”

Malah, penyanyi berusia 28 tahun ini turut memberitahu kakinya juga akan menggigil sekiranya berdiri terlalu lama.



Ainan berkongsi perkara itu di laman sosial.

"Sebenarnya memang tak larat dah nak bawa perut sebenarnya. Sakit pinggang, sakit belakang, waktu tidur pun lenguh-lenguh badan padahal tak ada buat apa-apa aktiviti pun.

"Kalau tukar posisi waktu tidur lagi la subhanaAllah... sakit yang amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pun tak boleh lama sangat kalau tak memang menggigil kaki," katanya.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Aku Suka Dia itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen dan rakan selebritinya iaitu Tasha Manshahar turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Ainan berjalan dengan lancar.

Insya-Allah minggu ini atau minggu hadapan dapat jumpa baby kembar.

AINAN TASNEEM

PENYANYI

Sebelum ini, Ainan melahirkan rasa syukur apabila dia dan suaminya iaitu Mohamad Ariffudin bakal menimang sepasang anak kembar tidak lama lagi.

Menerusi laporan mStar pada 27 Ogos lalu, Ainan berkata anak sulungnya iaitu Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun sangat teruja apabila mengetahui bakal memiliki dua orang adik.

Dalam pada itu, Ainan berkata doktor memberi masa sehingga kandungannya mencecah 37 minggu sahaja untuk bersalin disebabkan bayi kembar.



Suami dan anak Ainan teruja bakal sambut ahli keluarga baharu.

Ainan berharap dia dapat melalui proses bersalin secara semula jadi tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan sekirannya tiada sebarang komplikasi.

"Kandungan dah nak masuk 36 minggu. Doktor bagi masa sampai 37 minggu saja untuk bersalin sebab kembar. Jadi, Insya-Allah minggu ini atau minggu hadapan dapat jumpa baby kembar.

"Kepala dah kat bawah, harap sangat dapat bersalin secara semula jadi tanpa induce dan dapat bersalin normal kalau tiada sebarang komplikasi.

"Mohon doa daripada semua orang ya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain