GARA-GARA salah seorang tetamu sebuah program dijangkiti Covid-19, pasangan selebriti iaitu Ayda Jebat dan Nabil Mahir terpaksa jalani kuarantin di kediaman masing-masing. Nabil, 32, berkata dia hanya mengetahui individu tersebut positif lima hari selepas mereka menjalankan penggambaran program itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat, Nabil Mahir nikah 1 Januari 2021 - “Saya pilih tarikh paling senang nak ingat” Biarpun keputusan ujian saringan semua yang terlibat negatif, namun pengacara itu tetap mengurungkan dirinya di bilik selama 14 hari. "Saya kena kuarantin sebab ada pergi shooting sebagai tetamu untuk sebuah program. Kemudian lima hari selepas itu, dapat tahu ada tetamu lain positif Covid. Nabil berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya. "Individu tersebut tidak mempunyai simptom pun. Tapi disebabkan itu, semua orang kena la lakukan ujian saringan dan kuarantin. "Alhamdulillah, keputusan swab test semua yang terlibat termasuk saya negatif dan saya pun dah selesai jalani kuarantin dalam bilik," katanya kepada mStar. Sebelum ini, Nabil menerusi Instagram miliknya memberitahu dia dan tunangnya iaitu Ayda Jebat selesai menjalani kuarantin selama 14 hari di kediaman masing-masing. Berkongsi pengalaman berkurung, Nabil berkata dia membuat persediaan awal dengan membeli tong sampah besar supaya tiada sebarang sisa makanan atau bekas keluar dari biliknya. Keutamaan saya hanyalah keselamatan orang-orang yang saya sayang. NABIL MAHIR PENGACARA Dalam pada itu, Nabil yang juga seorang pengacara berkongsi langkah-langkah yang diambil selepas mengetahui mengenai individu yang dijangkiti Covid-19 itu. "Saya memang sangat berhati-hati sebab nak jaga keselamatan keluarga dan semua orang di sekeliling saya. Bila dapat tahu individu itu positif, saya terus hubungi keluarga. "Saya beritahu mengenai situasi itu dan sebelum masuk rumah, minta bibik spray saya dengan sanitizer... dah macam mandi. Nak masuk rumah pun sangat berjaga-jaga. "Terus ke bilik dan apa-apa yang dihantar seperti makanan atau bekasnya, saya buang dalam tong sampah yang saya sudah siapkan awal-awal lagi," ujarnya. Nabil dan Ayda bakal bernikah pada 1 Januari depan. Sementara itu, Nabil mengakui dia tidak berasa paranoid dengan apa yang terjadi kerana sememangnya seorang yang sangat mementingkan kebersihan atau germaphobe sejak dahulu lagi. "Alhamdulillah... tak ada rasa trauma atau paranoid sebab saya memang germaphobe dari dulu lagi. Jadi, memang sentiasa basuh tangan dan guna sanitizer sejak dulu. "Keutamaan saya hanyalah keselamatan orang-orang yang saya sayang," katanya. Sebelum ini, Nabil bertunang penyanyi lagu Temberang itu pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!