suria

Hairul Azreen dedah Hanis Zalikha jarang datang set penggambaran - “Sepanjang couple dia tak pernah datang tengok saya shooting sebab segan”

Hanis datang melawat Hairul di set penggambaran filem arahan suaminya.

LIMA tahun berumah tangga, pelakon Hairul Azreen memberitahu isterinya Hanis Zalikha jarang melihat dia bekerja di set penggambaran.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, sejak mereka berkahwin hanya empat kali wanita itu datang menjenguknya di lokasi bagi memberikan semangat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai DM rindu nak tengok saya berlakon filem romantik”- 'Pasal Kau' kisah cinta Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sebelum kahwin

"Ada orang datang set kita la. Sepanjang kami couple dan selepas hidup bersama, isteri saya tak pernah datang tengok saya shooting sebab kami berdua segan.

Isteri saya cakap dia selesa datang set Adrian Teh walaupun dia tak nak berlakon dalam cerita ini.

HAIRUL AZREEN

PELAKON

"Tetapi set shooting Paskal adalah set kali pertama Hanis datang tengok saya berlakon sebab saya cakap, saya bangga buat cerita ni. Kali kedua dia datang set filem Wira dan buat kejutan sebab masa itu birthday saya.

"Kali ketiga di set filem Pasal Kau... masa itu saya tembam. Semalam dia datang di set Ada Hantu! Saya sebagai pengarah," kata Hairul.

Aktor berusia 32 tahun itu berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik beberapa foto kehadiran Hanis di setiap lokasi penggambarannya di laman Instagram miliknya.



Hanis lebih selesa datang ke set penggambaran penerbit Adrian Teh.

Rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut memuji kemesraan pasangan tersebut dan menjadi mereka berdua sebagai idola mereka.

Dalam pada itu, Hairul memberitahu Hanis yang pernah menceburi bidang lakonan sebelum ini lebih selesa untuk datang ke lokasi penggambaran penerbit dan pengarah Adrian Teh walaupun menolak untuk berlakon dalam filem tersebut.

"Isteri saya cakap dia selesa datang set Adrian Teh walaupun dia tak nak berlakon dalam cerita ini. Puas saya pujuk... terima kasih susah-susah datang sejauh ini. Sayang awak," ujarnya.

Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis Zalikha, 30 pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 3 dan Alisa Aisyah yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain