BERKONGSI mengenai single terbaharu berjudul Bagaikan Mutiara, pelakon yang berasal dari Indonesia iaitu Tya Ariffin berkata lagu itu menunjukkan kekuatan golongan wanita dalam pelbagai sudut pandang. Menurut Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari, 26, lirik lagu itu menceritakan tentang dirinya yang berubah status daripada seorang gadis kepada isteri dan ibu. ARTIKEL BERKAITAN: “Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban” - Tya Ariffin "Wanita itu tak kira apa juga statusnya, dia juga kena kuat. Tidak boleh sesekali lemah. Kuat itu juga bukan daripada segi fizikal, namun juga minda dan pembawakan diri. Lagu Bagaikan Mutiara tentang diri Tya. "Saya sendiri berubah status dari gadis bertukar sebagai isteri dan ibu. Menjadi ibu kepada dua cahaya mata tidak pernah membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. "Saya jadi lebih optimis dan bersemangat apabila perniagaan yang diusahakan dapat membantu mengubah nasib orang lain," katanya yang mula berhijab sekitar awal tahun ini. Suami kepada Tya iaitu Asyraf Khalid bertindak sebagai penerbit eksekutif dan video muzik sudah dirakamkan pada 17 November lalu yang diarahkan oleh El Helmi Khir. Pastinya saya mengharapkan pertaruhan ini akan membuahkan hasil. TYA ARIFFIN PELAKON Lagu tersebut sudah dilancarkan di platform digital terpilih sejak 4 Disember lalu. Dalam pada itu, Tya yang juga sudah menetap di Malaysia selepas berkahwin dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berharap agar single tersebut mendapat sambutan. Akui Tya yang juga seorang usahawan, dia telah memasuki kelas vokal sebelum proses rakaman bermula. Tya bersama suami dan dua orang anaknya. "Soalnya saya bermula sebagai artis. Pastinya saya mengharapkan pertaruhan ini akan membuahkan hasil. "Pastinya selepas sekian lama tidak menyanyi, banyak hal saya kena asah. Termasuk daripada sudut vokal. Saya sempat berguru menajamkan kembali vokal sebelum proses rakaman bermula," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!