suria

Melampau! Nafiz Muaz beri amaran terakhir, minta individu tak dikenali berhenti hantar foto lucah - “Kau ingat aku ni apa... tiada maruah diri?”

Nafiz beri amaran kepada individu yang menghantar gambar bogel kepadanya.

BUKAN sekali tetapi sudah beberapa kali menerima mesej dan gambar lucah daripada lelaki di laman sosial membuatkan pelakon Nafiz Muaz tidak dapat lagi menahan kemarahannya.

Enggan berdiam diri, Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 22, memberi amaran terakhir kepada individu itu agar berhenti melakukan perbuatan jijik tersebut sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen dreadlock Nafiz Muaz jadi perhatian - “Rambut itu tidak busuk seperti yang didakwa individu tersebut”

"Sebelum ini ada yang buat perangai macam ini tapi aku tak nak cerita. Tapi ini kira, last warning la... aku tak kan tunjuk nama dia dan apa yang dia hantar. Hanya sekadar aku tunjuk mesej dia sahaja.



Nafiz turut berkongsi paparan skrin gambar yang dihantar individu tersebut.

"Aku rasa pelik sebab lelaki yang buat perangai macam ini... hantar dekat lelaki. Aku tak tahu apa masalah dia. Lelaki DM aku hantar gambar bogel... aku paling benci! Apa benda kau buat ini... aku tak boleh la.

"Beberapa hari lalu dia DM aku... aku tak nak cakap nama dia tapi ini last. Aku tak nak buka aib orang sebab bukan jenis macam itu. Tapi berpada-pada la... setakat DM cakap benda elok atau tanya baik-baik tak apa.

"Tak payah la buat benda macam ini... lelaki kot! Kalau lelaki hantar dekat perempuan, mungkin normal. Kau ingat aku ini apa!? Kau tak malu ke? Tak ada maruah diri?" kata Nafiz.

Aku bukan nak buka aib tapi nak bagi dia sedar jangan buat lagi perkara tak bagus ini.

NAFIZ MUAZ

PELAKON

Pelakon telefilem Terima Kasih Ibu itu mendedahkan perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Menerusi video berdurasi tujuh minit itu, Nafiz turut berkongsi paparan skrin mesej berbaur lucah dan gambar bogel daripada individu tersebut yang ditutup namanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis ini menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk membuka aib mana-mana pihak namun perbuatan individu tersebut sudah melampau.



Nafiz nasihat terutama kepada kaum wanita supaya berhati-hati.

"Pada mulanya, aku tak nak war-warkan benda ini tapi bila aku dapat mesej ini... rasanya dah melampau sangat. Sebelum ini ada saja lelaki yang hantar benda merepek tapi tak ada la tahap macam ini.

"Aku bukan nak buka aib tapi nak bagi dia sedar jangan buat lagi perkara tak bagus ini. Aku tahu, mungkin bukan aku seorang sahaja yang kena hadap benda ini dan mesti ramai lagi yang pernah kena.

"Nasihat aku, berhati-hati la... ramai orang gila yang bertuhankan nafsu sekarang ini. Terutama wanita di luar sana, jagalah diri. Lagi sekali aku terima mesej macam ini, aku akan dedahkan semua maklumat kau dekat semua orang," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain