PENGARAH Osman Ali tidak menyangka uji bakat pencarian pelakon bagi menjayakan watak iblis dalam telefilem seram terbaharu arahannya, Sihir Pemisah mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih ratusan permohonan diterima. Menurut Osman, dia sudah menyenarai pendek sebanyak tiga nama yang dilihat berpotensi untuk membawakan watak tersebut berdasarkan sesi uji bakat yang dibuat sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Osman Ali Nafi Suka Hasil Filem Guna Elemen Berahi "Sebenarnya saya terkejut juga dengan respons menggalakkan yang diterima untuk mencuba nasib melakonkan watak iblis. Dalam banyak-banyak, saya cuma panggil 20 yang terbaik untuk hadir sesi uji bakat. "Sekarang saya sudah menyenarai pendek tiga nama dan akan ada lagi satu casting selepas ini untuk pilih calon yang benar-benar layak dan sesuai. Saya lebih tertarik untuk mencari pelakon baharu yang tidak terlalu sibuk jadualnya berbanding pelakon yang sudah ada nama. Osman Ali iklankan uji bakat pencarian pelakon untuk watak iblis di Instagramnya. "Watak iblis dalam naskhah ini bernama Dasim yang dihantar untuk merosakkan hubungan rumah tangga sehingga mencetuskan konflik antara pasangan suami isteri. "Kita selalu dengar masalah mengenai suami isteri yang tiba-tiba sahaja membenci antara satu sama lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, hal itu berkemungkinan besar kerana mereka diganggu oleh iblis Dasim," katanya kepada mStar. Watak itu langsung tidak akan menyentuh mana-mana dialog berkisarkan tentang ketuhanan atau menghasut orang ramai. OSMAN ALI PENGARAH Sihir Pemisah mengisahkan tentang kemusnahan rumah tangga disebabkan gangguan sihir yang digunakan oleh pihak tidak berpuas hati melihat kebahagiaan perkahwinan seseorang. Drama itu yang turut dibintangi Beto Kusyairy dan Fasha Sandha itu akan memulakan penggambarannya pada 16 Disember ini di sekitar Ipoh, Perak. Osman turut menambah watak iblis yang diterjemahkan dalam telefilem itu akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Beto Kusyairy dan Fasha Sandha bergandingan dalam telefilem Sihir Pemisah. "Watak Dasim tidak akan melanggar mana-mana garis panduan sebab saya hanya akan tonjolkan kelibat dan aksinya ketawa sahaja. Selain itu, pihak produksi juga mengambil rujukan watak Hellboy yang mana kita akan warnakan badan pelakon itu nanti dengan cat merah dan bertanduk. "Watak itu langsung tidak akan menyentuh mana-mana dialog berkisarkan tentang ketuhanan atau menghasut orang ramai," katanya. Sihir Pemisah bakal ditayangkan di Astro Citra pada 9 Januari depan merupakan garapan skrip idea bersama Osman dan Naza Manas. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!