PENYANYI Lan Solo mengalami kerugian lebih RM500 apabila kedai runcit miliknya, Solo Borneo Mart yang terletak di Puchong, Selangor dirompak oleh penjenayah pada petang Khamis. Isteri penyanyi itu, Nur Sheila Hassim, semasa kejadian dua staf sedang bekerja didatangi seorang lelaki memberitahu Lan ada membeli barang sebelum bertindak melakukan ugutan dan jenayah. "Dari cerita staf bertugas, lelaki itu masuk ke kedai dan beritahu kami ada beli barang, tapi staf tak percaya kerana selalu urusan pembelian barang peribadi kami uruskan sendiri... akhirnya dia ugut nak minta RM500 dan semua duit yang ada di mesin wang itu. ARTIKEL BERKAITAN: Buka kedai runcit, Lan Solo akui ramai ingat dia hidup senang dengan cara mudah - “Orang tak nampak kami struggle!” "Semasa itu saya dan Lan tiada di kedai kerana menghadiri latihan program Muzikal Lawak Superstar... paling kasihan staf kami terkejut dan mengalami trauma. Lan dan isteri bergambar di hadapan kedai runcit mereka. "Kerugian lebih RM500... mujurlah sebelum kejadian staf dah masukkan duit jualan dekat bank dan hanya tinggal baki wang jualan petang itu," katanya kepada mStar. Sebelum itu, menerusi Instagram Lan meminta orang ramai membantu mengesan individu yang melakukan jenayah di kedai runcit miliknya itu. Ikutkan hari ini kami pasang CCTV di depan dan belakang kedai, tapi rupanya tak sempat nak pasang lagi dah kena rompak! SHEILA ISTERI LAN SOLO "Minta bantuan warga Puchong, kedai kami dirompak. Lelaki bangsa India ini telah memaksa staf kedai saya serahkan duit jualan. "Jika terjumpa lelaki ini tolong dapatkan maklumat diri dan kenderaan digunakan! Terima kasih," tulisnya bersama paparan skrin rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan wajah penjenayah. Sementara itu, Sheila memberitahu mereka sudah membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan bukti CCTV yang dipasang di dalam kedainya itu. Lan kongsi foto penjenayah yang dirakam CCTV. "Petang itu juga kita buat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong, hari ini kita akan buat laporan susulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang. "Kami cuma kecewa sebab tak dapat nak tengok pergerakan penjenayah di luar kedai kerana tiada rakaman CCTV... ikutkan hari ini kami pasang CCTV di depan dan belakang kedai, tapi rupanya tak sempat nak pasang lagi dah kena rompak. "Kami anggap ini dugaan dan kena lebih berhati-hati selepas ini, InsyaAllah ada rezeki lain nanti," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!