PELAKON Ummi Nazeera mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua dan kandungannya kini sudah pun mencecah usia empat bulan.
Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 30, meminta peminat untuk mendoakan agar kesihatan dirinya dan anak yang dikandung sentiasa berada dalam keadaan baik.
ARTIKEL BERKAITAN: “Berkuranglah doktor yang boleh bekerja” - Suami Ummi Nazeera kongsi kisah rakan ‘frontliners’ dikuarantin akibat pesakit Covid-19 menipu!

Selepas anak sulung berusia dua tahun, Ummi dikurniakan rezeki hamil lagi.
"Saya minta tolong semua untuk doakan kesihatan anak dalam kandungan yang kini hampir empat bulan dan juga saya sihat walafiat. Semoga perjalanan kami dipermudahkan. Amin," katanya.
Perkongsian pelakon filem Gol & Gincu 2 itu turut menerima ucapan tahniah daripada rakan artis lain seperti Lisa Surihani, Vanidah Imran, Mawar Rashid, Aishah Azman dan Saiful Apek.Saya telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan izin Allah SWT.
UMMI NAZEERA
PELAKON
Ummi mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayra Aneesah yang kini berusia dua tahun.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!