suria

Naim Daniel kemalangan, hilang kawalan selepas langgar ‘divider’ - “Rahang rasa terkehel, nak bercakap pun sukar”

Naim mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke Sri Pentas.

PENYANYI Naim Daniel berdepan situasi cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) kira-kira pukul 12 tengah hari, Khamis.

Menurut Naim, kereta jenis Ford Ranger pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke Sri Pentas bagi rakaman sebuah program hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel tunai janji selepas MV 'Purnama' trending nombor 1 di YouTube - "Saya bukan scam... saya kata potong rambut bukan nak botakkan”

"Naim dan kakak dalam perjalanan nak pergi kerja untuk rakaman di Sri Pentas, tiba-tiba terlanggar divider dan dan keadaan agak cemas.

Naim berkongsi insiden kemalangan di Instagram.

"Alhamdulillah saya dan kakak tak apa-apa, cuma rahang rasa terkehel sikit nak bercakap pun agak sukar sementara menunggu kereta kena towing.

Alhamdulillah saya dan kakak tak apa-apa, cuma rahang rasa terkehel sikit nak bercakap.

NAIM DANIEL

PENYANYI

Tambah Naim situasi semakin cemas apabila dia cuba mengelak kereta dari arah belakang hingga menyebabkan dia hilang kawalan.

Biarpun kereta miliknya itu mengalami kerosakan di bahagian depan, namun Naim bersyukur kerana dia dan kakaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Sementara itu, penyanyi lagu Sembah ini berkata, dia tidak dapat meneruskan rakaman program berikutan mahu menyelesaikan urusan kemalangan tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain