suria

Datuk Vida tumpang sekaki ‘sound’ juri SFMM35, anggap juri 'old school' tak pandai pilih lagu masuk AJL35 - “Sebagai mantan penaja saya nak tahu benchmark pemilihan”

Vida berang juri pilih kasih kerana pemilihan lagu ke AJL35 tidak memenuhi kriteria.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida mempersoalkan kredibiliti juri semasa Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) memilih 12 lagu terbaik yang layak bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Vida yang sebelum ini pernah menjadi penaja program nyanyian tersebut berkata ada antara lagu dipilih tidak memenuhi kriteria kerana tidak popular dan pemilihan hanya mengikut kehendak juri semata-mata.

“Keputusan lagu bertanding di AJL kita dah dapat... lagu yang sedap di mana kamu letakkan wahai juri. Lagu yang sedap juga-juta tontonan tak bawa ke AJL, lagu macam mana awak nak?

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat kenyataan seolah-olah kami bodoh sangat!” - Azmeer jawab tuduhan juri SFMM35 dah tua, tak faham muzik semasa

“Saya nak tahu bagaimana penjurian lagu-lagu ke AJL, saya sebagai mantan penaja nak tahu macam mana juri pilih lagu, apa benchmark (penanda aras) pemilihan?

“Kriteria lagu popular juga kena ambil kira, jangan sedap telinga awak saja, kena ada media sosial supaya dengar apa netizen nak supaya industri berkembang dengan karya lebih segar, ” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat baik menerusi Instagram.



Vida luah tidak puas hati di Instagram.

Pada Selasa lalu, netizen mempertikaikan beberapa lagu yang layak bertanding di AJL35 dan mempersoalkan pemilihan juri yang dianggap tidak memenuhi kriteria lagu untuk dipertandingkan.

Sebelum itu, ketua juri SFMM35 iaitu Azmeer menjelaskan terdapat beberapa kesalahan kecil menjadi punca beberapa lagu yang dijangka melangkah ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) tidak layak bertanding di pentas akhir itu.

Azmeer berkata, walaupun semua lagu yang bertanding di SFMM35 dianggap karya terbaik, namun ada kekurangan ketika pemarkahan dibuat.

Nanti orang tak nak tengok AJL, juri sajalah tengok!

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Kesal dengan keputusan pada malam itu, Vida meminta juri menggunakan media sosial dan mendengar pandangan netizen itu.

Malah, dia turut meluahkan rasa kecewa kerana stesen penyiar masih memilih juri yang sama untuk mengadili lagu-lagu tersebut.

“Saya rasa juri ini Instagram, YouTube pun tak ada, jangan pilih bulu, pilih kasih asyik muka itu je yang dapat.

“Lagu sedap tak masuk tapi yang sendu boleh, saya rasa juri ada masalah... old school, tak tahu nak angkat karya anak muda. Sedap di telinga juri tapi viewer 5,000 orang saja.



Sebelum ini, Datuk Hattan turut meluahkan kritikan terhadap lagu yang layak ke AJL35.

“Juri muka sama, kesilapan sama setiap tahun... patut angkat lagu orang suka, ini kamu angkat yang kamu suka bukan peminat yang berjuta! Nanti orang tak nak tengok AJL, juri sajalah tengok, ” ujarnya.

Bagi edisi kali ini, juri profesional adalah komposer Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan Azmeer yang bertindak sebagai ketua juri.

Lagu yang layak ke pentas AJL35 ialah Hati nyanyian Hael Husaini, Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Peluang Kedua (Nabila Razali) Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah, Wany Hasrita), Eh (Zizi Kirana), Gundah (Ernie Zakri) dan Gila (Kaka Azraff, Loca B, Noki).

Selain itu, Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Semalam (Aina Abdul), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Hutang (Floor88) dan Kau Sakiti (Amir Masdi).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain