suria

Tak sanggup popular kerana kontroversi memalukan... Syazuwan Hassan kuatkan iman, elak godaan di media sosial - “Biarlah saya naik perlahan-lahan”

Syazuwan Hassan jauhkan diri daripada terlibat perkara yang boleh terjerumus ke lembah maksiat.

PELAKON Syazuwan Hassan mengakui dunia glamor mendedahkan dirinya dengan perbuatan tidak bermoral kerana sering diuji dengan pelbagai 'tawaran menarik' daripada pengikut di laman sosial.

Bimbang terjerumus ke lembah maksiat, Syazuwan, 30, berkata dia menguatkan pegangan iman agar dirinya tidak terpengaruh dengan hasutan syaitan itu.

"Saya akui banyak dugaan... sebagai persediaan kuatkan iman sajalah! Apa-apa pun kena berfikir dahulu sebelum nak buat sesuatu, kena fikir panjang sebab sebagai public figure orang akan perhatikan kita.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang ingat saya sombong?” - Syazuwan Hassan sebenarnya pemalu, tak banyak cakap

"Saya terima banyak mesej, ada video, ada gambar yang dihantar pengikut tapi saya tak layan melainkan hal berkaitan kerja. Kalau saya layan boleh jadi bukti kerana semua perbualan ada di situ.

"Lebih mengejutkan kita klik profil mereka ternyata bukan akaun palsu, ada yang berani ajak jumpa dan siap ajak nakal-nakal sehingga menjurus ke hubungan terlarang... macam-macam ada, yang cantik pun ramai tapi kita kuatkan iman!

Tak mahulah orang kenal kerana benda negatif, hanya akan memalukan diri sendiri dan keluarga sahaja!

SYAZUWAN HASSAN

PELAKON

"Kalau saya rajin, saya balas mesej mereka dan beri nasihat yang sepatutnya, tak wajarlah guna media sosial untuk aktiviti macam itu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini memberitahu dia pernah menerima cadangan daripada beberapa kenalan memintanya mencipta kontroversi untuk lebih dikenali.

Syazwan tak mahu dikenali dengan perkara negatif.

Syazwan bagaimanapun berkata dia enggan dikenali kerana isu yang memalukan dan lebih rela menaikkan nama dengan hasil kerjaya seninya.

"Ada juga kenalan kata mungkin nama saya bersih sangat tak ada kontroversi jadi orang susah nak kenal... sejujurnya kontroversi ni ada baik dan buruk tapi secara peribadi lebih baik dikenali kerana bakat.

"Tak mahulah orang kenal kerana benda negatif, hanya akan memalukan diri sendiri dan keluarga sahaja, biarlah kalau saya naik perlahan-lahan dari meletup tapi memalukan. Tak payahlah!," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

syazuwan hassan, pelako

Artikel Lain