suria

Zizan Razak ganti Alif Satar sebagai hos AME2020 - “Gabungan tiga pelawak jadi pengacara... harap tak syok sendiri!”

Zizan Razak dipilih menggantikan Alif Satar dalam AME2020.

PELAWAK terkenal Zizan Razak diumumkan sebagai pengacara ketiga bergandingan bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Pemilihan Zizan menggantikan Alif Satar itu diumumkan secara langsung menerusi segmen Johara Pagi ERA di stesen radio Era pada pagi Jumaat.

"Pengacara ini dia ada Sony Playstation 5 (PS5) bukan satu tapi dua. Pengacara AME2020 adalah Zizan Razak!" kata penyampai Johan, Hanif dan Ray.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar tarik diri hos AME2020, bakal ganti pengacara lain - “Walaupun telah pulih Covid-19, sedikit sebanyak beri tekanan”

Sementara itu, Zizan ketika dihubungi oleh stesen berkenaan mengucapkan terima kasih atas pemilihan itu dan menganggap ia peluang keemasan yang tidak mungkin ditolak.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada MeleTOP dan ERA kerana mengizinkan dan memberi peluang kepada saya untuk menjadi hos.

"Walaupun tahun ini banyak dugaan, Alhamdulillah ada rezeki kepada saya," katanya.



MeleTOP umum Zizan Razak menggantikan Alif Satar di Instagram.

Menerusi ruangan komen di Instagram MeleTOP, peminat melontarkan pelbagai pandangan mengenai pemilihan Zizan ini.

"Terbaik! Lagi meletup... memang kecohlah pentas AME2020 kali ini. Pilihan terbaik.

"Tak kisahlah siapa pun hos asalkan AME tahun ini ada, walaupun dah dapat jangka Zizan yang akan ganti.

Walaupun tahun ini banyak dugaan, Alhamdulillah ada rezeki kepada saya!

ZIZAN RAZAK

PENGACARA AME2020

"Harap tak syok sendiri, iyalah gabungan tiga orang pelawak, nanti semua nak buat lawak sendiri-sendiri," tulis netizen.

Pada Khamis, MeleTOP mengumumkan Alif Satar menarik diri daripada menjadi pengacara dalam majlis anugerah berkenaan kerana perlu memberi tumpuan yang lebih kepada kesihatannya selepas pulih daripada jangkitan Covid-19.

Ini kerana dia perlu mengambil berat tahap kesihatannya memandangkan peranan sebagai hos acara berkenaan bukan sesuatu yang boleh dipandang mudah.



Alif (kanan) perlu memastikan keadaan kesihatannya benar-benar pulih sebelum beraksi di pentas besar.

Mengikut perancangan awal, AME2020 akan dikendalikan oleh Alif bersama dua lagi pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Pada 22 November lalu, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan dirinya positif Covid-19 iaitu dua hari selepas membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) episod pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor.

Selepas 12 hari mendapatkan rawatan dan menjalani kuarantin di Hospital Melaka, Alif akhirnya disahkan bebas daripada virus Covid-19 pada 4 Disember lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain