ISU kegagalan beberapa lagu popular mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menarik perhatian pengarah drama Shahrulezad Mohameddin yang turut menyuarakan pendapatnya mengenai perkara itu. Shahrulezad menerusi laman Instagram mengakui bukan mudah untuk menjadi juri dalam sebuah pertandingan program realiti disebabkan akan terdapat pihak yang akan mempersoalkan setiap keputusan yang telah dibuat. ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal, Yonnyboii dah 'move on', kena terima hakikat walaupun sakit! - “Tuhan akan bagi lebih nanti” Tambahnya lagi, Ketua Juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) iaitu komposer Azmeer sepatutnya hanya memberi sekali sahaja kenyataan kepada umum tentang keputusan yang telah dibuat. "Pernah suatu ketika abam (abang) ditawarkan menjadi juri satu pertandingan program realiti tapi abam buat keputusan menolaknya dengan cara baik. Alasannya sebab macam ni la. Serba salah jadinya kalau jadi juri. Pandangan Shahrulezad mengenai isu pemilihan lagu ke AJL35. "Tak berterus terang salah. Berterus terang pun salah jugak. Once orang kalau dah tak puas hati tetap tak akan berpuas hati sampai bila-bila walaupun macam mana jenuh sekalipun kita cuba jelaskan keputusan kita. "Hujung-hujung sebagai juri kita juga nampak buruk. Kalau abam jadi Azmeer, abam akan bagi kenyataan sekali saja. Lepas itu abam akan tutup mulut, aku tak akan bagi kenyataan kedua dan ketiga. "Sebab kalau dilayan rasa tak puas hati tu sampai kubur kau berasap pun peserta yang kecundang ni tak akan berpuas hati. Jadi, tak payah beria sangat la dengan pertandingan seumpama ini," katanya. Sebelum ini, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa tidak berpuas hati sistem penjurian apabila lagu nyanyian Yonnyboii dan Zynal berjudul Sakit serta lagu Sembah ciptaan Naim Daniel gagal mara ke pentas AJL35. Next time juri tak payah lah bagi alasan kenapa lagu ni lepas kenapa lagu ni tak. SHAHRULEZAD PENGARAH Rata-rata menuntut penjelasan Azmeer selaku Ketua Juri SFMM35 yang dikatakan gagal memahami revolusi industri muzik. Ketika ditemui mStar secara eksklusif pada Khamis, Azmeer menjelaskan kelemahan utama yang dikesan pada dua lagu tersebut disebabkan melodi monotonous dan dia terpaksa memotong markah dari segi kreativiti. Dalam pada itu, Shahrulezad yang dikenali sebagai Budak Ijat juga menegaskan sepatutnya mana-mana pihak yang berasakan barisan juri akan berlaku tidak adil untuk menarik diri dari awal. "Kalau rasa tak boleh menjunjung sporting spirit pertandingan macam ni kenapa tak tarik diri dari awal. Jangan bertanding kalau kita rasa juri yang ditetapkan akan berlaku tidak adil. "Katakanlah lagu Naim Daniel dan Zynakal itu masuk final dan sebagai ganti lagu yang lain pula seperti Gila atau 7 Nasihat tersingkir adakah ini akan menjamin netizen dan peserta yang tersingkir itu akan berpuas hati? Haram. Datuk Hattan antara pihak yang luahkan rasa tidak puas hati dengan sistem penjurian SFMM35 yang diketuai oleh Azmeer. "Jangan serius sangat dengan pertandingan tahunan macam ni. Lainlah kalau menang dapat geran tanah 40 hektar, nak juga aku rebut. Setakat menang dapat piala sadur macam tu tak payah duk kalutlah. Hujung-hujung jadi penyendal pintu. "Silap-silap kalau menang pun esok lusa orang lupa. Dua tahun lalu juara pun haram aku ingat siapa dia. Yang penting kita berkarya sebab kita ikhlas dengan minat kita tu bukan sebab buat lagu nak masuk AJL. Nawaitu kena betul," ujarnya. Sementara itu, Shahrulezad juga memberitahu biarpun dia tidak layak untuk menilai sesebuah karya namun meminta semua juri berhenti memberi alasan mengenai pemilihan lagu. "Next time juri tak payah lah bagi alasan kenapa lagu ni lepas kenapa lagu ni tak. Abam tak minat jadi juri sebab terus terang cakap abam memang tak pandai nak nilai hasil kerja orang. "Senang cerita aku ni memang bodoh nak nilaikan hasil kerja orang. Tak reti... itu bukan skill abam," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!