MEMBESAR dengan lagu-lagu kumpulan rap terkenal Too Phat membuatkan penerbit dan penyumbang suara di radio iaitu MC Syze teruja apabila dapat bekerjasama dengan Joe Flizzow menerusi lagu berjudul Selamba. Menurut Syze yang juga seorang penyanyi rap, dia berbesar hati memilih Joe untuk menjadi penyanyi undangan istimewa dalam lagu tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Tertunda dua bulan... akhirnya Joe Flizzow selamat jadi suami Marini Ramlan "Saya membesar dengan mengikuti dan mendengar lagu-lagu Too Phat. Joe seorang ikon dalam industri malah menjadi idola ramai orang termasuk saya sendiri. Video muzik Selamba turut menampilan beberapa penyanyi termasuklah Sonaone (dua dari kanan). "Segalanya tentang Joe merangkumi perkataan selamba dan memang kena betul dengan karakternya. Cara Joe menulis juga tidak terlalu ‘complicated’ atau sukar. "Senang untuk pendengar dan masyarakat hadam serta menyanyikannya semula. Joe adalah mentor yang hebat untuk saya dari tahun 2004 hingga sekarang," kata Syze. Video muzik lagu tersebut mula ditayangkan pada pukul 10 malam, Jumaat di laman YouTube MC Syze dan kini hampir mencecah 9,000 tontonan. Kekuatan lagu ini terletak pada melodi dan sesuatu yang segar untuk industri muzik. JOE FLIZZOW PENYANYI RAP Turut menampilkan Sonaone, Darren Ashley, Orumari dan Azique Beats, semestinya video muzik berkonsep filem pendek itu sesuai menjadi tontonan masyarakat. Dalam pada itu, Joe berpendapat kekuatan sebuah lagu itu bukan terletak pada penyanyi tetapi melodi dan sesuatu yang segar untuk industri muzik tanah air. Malah Joe juga menganggap lagu duet bersama MC Syze itu merupakan penawar atau remedi untuk tahun 2020 penuh dengan dugaan serta tamparan hebat kepada masyarakat. Joe anggap lagu Selamba sebagai penutup 2020 yang penuh dugaan. "Bagi saya, pada akhirnya sesebuah lagu itu kena sedap... tak kiralah dengan siapa kita nyanyikan. Kekuatan lagu ini terletak pada melodi dan sesuatu yang segar untuk industri muzik. "Lagu ini juga mempunyai elemen RnB dan rap. Boleh saya katakan bahawa genre RnB sudah semakin berkurangan di Malaysia. Ini merupakan kombinasi yang sesuai dan lagu ini senang didengar. "Sebuah lagu yang ceria untuk mengakhiri 2020 dan menjadi pembuka yang baik untuk 2021. Muzik selalu menjadi penawar untuk banyak perkara," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!