suria

“Depa banyak menyumbangkan lagu” - Mokhzani mahu komposer muda kerja keras, perbaiki cara nyanyian

Lagu Sakit gagal mara ke AJL35.

SEJAK timbulnya kekecohan berhubung pemilihan karya yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) baru-baru ini, timbul pula tanda tanya dalam kalangan peminat industri seni mengenai revolusi muzik tempatan.

Rata-rata berpendapat karya komposer muda perlu diberi peluang dan ruang untuk diketengahkan bertanding di platform besar seperti AJL.

ARTIKEL BERKAITAN: Petikan gitar ganggu vokal punca ‘Sembah’ gagal ke AJL35, Naim Daniel keliru penjelasan juri - “Anugerah nilai melodi dan lirik bukan vokal

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat kenyataan seolah-olah kami bodoh sangat!” - Azmeer jawab tuduhan juri SFMM35 dah tua, tak faham muzik semasa

Bagaimanapun pengarah muzik berpengalaman, Datuk Mokhzani Ismail berpendapat masih banyak yang perlu dipelajari oleh komposer dan penyanyi muda agar mereka lebih berjaya pada masa depan.

“Bukan kita tak mahu beri peluang, masa masih panjang. Bagi depa (mereka) lalu jalan susah dulu.

Datuk Mokhzani Ismail merupakan salah seorang juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35.

“Ini baru dapat lesen memandu terus nak pergi Sepang (litar lumba),” katanya kepada mStar.

Selain itu Mokhzani yang juga Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkata, bakat baharu yang menghiasi bidang nyanyian juga seharusnya memperbaiki keupayaan mereka untuk menyanyi secara langsung.

“Beri mereka masa untuk memperbaiki nyanyian secara langsung supaya karya yang baik dapat diterjemahkan seindahnya.

Bukan kita tak mahu beri peluang, masa masih panjang. Bagi depa (mereka) lalu jalan susah dulu.

DATUK MOKHZANI ISMAIL

PENGARAH MUZIK

“Beri penilaian sebaik mungkin kepada lagu, masih muda dan punya masa depan yang cerah, ” katanya yang juga salah seorang juri bagi Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35).

Menerusi mesej kepada mStar, Mokhzani turut berkongsi pautan YouTube persembahan penyanyi Zynakal dan Yonnyboii menerusi lagu Sakit pada SFMM35 baru-baru ini sebagai contoh.

Cik B kini bergelar penyanyi selepas tampil dengan single Tolonglah.

Kegagalan lagu Sakit mengundang bantahan dalam kalangan netizen termasuk penyanyi Datuk Hattan yang mempersoalkan kredibiliti barisan juri diketuai komposer terkenal, Azmeer.

Antara yang dipertikaikan ialah mengenai keupayaan juri memahami dan menerima perkembangan muzik terkini hasil ciptaan komposer muda.

Mengulas lanjut mengenai kehadiran ramai bakat baharu dalam bidang nyanyian, Mokhzani berharap mereka tidak hanyut dalam pujian peminat.

“Kita doakan yang baik-baik termasuk untuk Cik B yang kini muncul sebagai penyanyi.

“Cuma jangan terus alpa atas pujian, ingat satu... ‘sumbang mahram’ tidak dituntut dalam seni muzik.

“Geng depa (mereka) ni banyak memberi sumbangan dalam industri muzik. Depa banyak menyumbangkan lagu, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain