suria

Ismail Izzani hadiah cincin berlian untuk Shalma Eliana - “Hanya tanda cinta, kami belum bertunang”

Pasangan ini bakal berjauhan selama dua tahun.

HUBUNGAN cinta antara penyanyi Ismail Izzani, 20, dan kekasihnya nampaknya bakal berdepan dugaan apabila Shalma Eliana akan menyambung pengajian di luar negara untuk tempoh dua tahun.

Adat hubungan cinta jarak jauh, isu kesetiaan sudah pasti menjadi isu utama yang sering ditakuti pasangan kekasih.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20 hari tak jumpa kerana kuarantin, ibu Ismail Izzani tak mampu tahan sebak - “Rasa melayang hati ini tersangat rindu”

Sehubungan itu Ismail menghadiahkan Shalma Eliana, 20, sebentuk cincin berlian sebagai tanda ‘janji setia’ terhadap hubungan mereka.

Cincin tanda cinta Ismail terhadap Shalma.

"Jangan salah anggap. Dia (Shalma Eliana) akan bertolak ke luar negara untuk menyambung pengajian selama dua tahun.

"Saya beri cincin ini sebagai tanda cinta kami sahaja. Kami belum lagi bertunang, InsyaAllah satu hari nanti masanya akan sampai.

"Terima kasih atas doa kalian semua," kata Ismail.

Anak kepada penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam itu berkongsi foto cincin dan video dia bersama Shalma sedang menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran menerusi Instagram pada malam Sabtu.

Saya beri cincin ini sebagai tanda cinta kami sahaja. Kami belum lagi bertunang.

ISMAIL IZZANI

PENYANYI

Ismail berbelanja lebih RM1,000 untuk pakaian makan malam.

Dalam perkongsiannya itu juga, Ismail menunjukkan dia sudah berhabisan lebih RM1,000 bagi mendapatkan pakaian sut lengkap bagi acara makan malam istimewa bersama Shalma.

Terdahulu, pasangan itu melakukan cabaran spontan dengan mencari pakaian bersesuaian untuk majlis makan malam di sebuah pusat beli belah di Damansara dalam masa 30 minit.

Ismail menyifatkan makan malam itu sebagai suatu yang istimewa kerana sejak kebelakangan ini mereka berdua jarang dapat meluangkan masa bersama disebabkan kekangan kerja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain