MENGUNGGULI tempat pertama dalam Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) pada minggu kedua, Cik B menafikan dirinya dipergunakan oleh dua ahli kumpulannya iaitu Chiwan dan Achok bagi meraih undian tinggi untuk persembahan kumpulan mereka, ABC. Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, tiada istilah dipergunakan kerana dia juga ingin cuba menunjukkan bakatnya di hadapan penonton menerusi program secara langsung. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak perlu lelaki dalam hidup, jadi relaks!” - Kisah cinta Cik B hanya gurauan, sedar diri masih bawah umur "Saya tahu ramai orang cakap nak tengok kumpulan ABC sebab saya. Saya tak rasa langsung dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain. "Cumanya, nama saya sekarang tengah trending... itu yang menyebabkan kumpulan ABC ditunggu peminat. ABC dianggotai Achok, Cik B, Chiwan. "Saya memang dah lama kenal dengan mereka, kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?" katanya kepada mStar. Cik B ditemui pada majlis sidang media selepas MLS 2 minggu kedua selesai bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu. Pada persembahan minggu kedua itu, ABC mengumpul markah tertinggi menerusi sketsa Cik B meniru aksi dan gaya ibunya, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. Saya tak rasa dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain. CIK B SELEBRITI MEDIA SOSIAL Mengulas mengenai persembahan itu, Cik B mengatakan ia adalah satu perkara yang sukar untuk meniru gaya ibunya yang sememangnya dikenali umum. "Sebenarnya susah saya nak jadi mama sebab saya tak gedik, mama gedik. "Jadi saya gunakan gerakan tangan yang mama selalu buat untuk timbulkan lawak itu selain bercakap dalam bahasa Kelantan (yang jadi identiti mama). Aksi Cik B meniru ibunya jadi tumpuan penonton MLS 2. "Saya rasa tak susah untuk saya melawak dan saya hanya jadi diri sendiri sahaja di atas pentas. "Mungkin orang gelak tengok saya sebab dari cara percakapan saya (yang spontan)," katanya. Selain melibatkan diri dalam bidang lawak, Cik B baru sahaja keluar dengan single pertama berjudul Tolonglah yang dilancarkan di laman YouTube baru-baru ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!