suria

Sharifah Shahira penat layan masalah 'bibik', rasa tertipu duit habis bayar ejen - “Kita orang Melayu hati lembut... dah bagi kebebasan mulalah buat perangai!”

Shiera bingung pembantu rumah larikan diri ketika dia dan suami bercuti.

PENYAMPAI radio Suria FM, Sharifah Shahira bingung memikirkan mengenai pembantu rumahnya yang hilang dipercayai melarikan diri pada Ahad lalu.

Menurut Sharifah Shahira atau lebih mesra disapa Shiera, pembantu rumah warga Indonesia itu hilang dan gagal dikesan semasa dia dan suami berada di Raub, Pahang.

"Dia dah kerja dengan kami empat tahun... dia ada cakap nak balik Indonesia tapi kami tak bagi sebab sekarang tengah wabak Covid-19. Kalau dia balik nanti tak boleh nak pulang ke Malaysia semula. Sebelum ini tak ada isu pun, kita izinkan saja kalau dia nak balik jumpa keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Biar dapat D peperiksaan tapi jangan kurang ajar” - Shiera balas komen biadab netizen tanya fasal pakaian dalam

"Malah, permit kerja dia pun baru sahaja diperbaharui sebab dia bersetuju nak sambung kontrak dengan kami lagi. Kalau awal-awal dia kata tak nak kerja kita tak paksa.

Kita ni tak sampai hati nak seksa pekerja... kita orang Melayu hati lembut, gaji pun tak pernah bayar lambat, pasport pun dia boleh pegang!

SHARIFAH SHAHIRA

PELAWAK & PENYAMPAI RADIO

"Isu maid lari ni memang tak pernah habis, duit habis bayar ejen sahaja, dapat yang baru pun sama juga... esok lusa ada masalah lagi!" katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi Instastory Shiera berkongsi mengenai kehilangan pembantu rumahnya dikenali sebagai Seri.

Sementara itu, Shiera memaklumkan dia dan suami, Ijoy sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan pembantu rumahnya ini.



Shiera anggap pembantu rumah seperti keluarganya sendiri.

"Kami dah buat laporan polis sebab bimbang jika berlaku apa-apa kemudian hari, tapi permit kerja dia saya tak matikan... biarlah kalau dia enjoy dulu. Kita pun tak mahu dia masuk penjara kalau ditangkap, ikutkan dalam keadaan sekarang dia nak balik Indonesia pun tak boleh.

"Sepanjang dia kerja tak ada bawa masalah pun, kita bagi pakai telefon sebab kita tak nak seksa dia, kita bukanlah kejam tapi apabila bagi kebebasan mulalah buat perangai.

"Kita ni tak sampai hati nak seksa pekerja... kita orang Melayu hati lembut, gaji pun tak pernah bayar lambat, pasport pun dia boleh pegang! Tapi hujung-hujung isu maid ini tak pernah selesai, tak terkira dah berapa ramai yang lari!" ujarnya

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain