suria

“Bukan takut nak cipta kontroversi tapi saya selalu fikir masih ada keluarga” - Jaja Illiyes tak mahu buat ‘hal’, nak kekal imej bersih

Jaja ingin dikenali sebagai seorang pelakon bukannya artis.

EMPAT tahun menceburi industri seni namun hingga kini nama pelakon Jaja Iliyes masih 'bersih' dan belum pernah terpalit dengan mana-mana kontroversi.

Jaja atau nama sebenarnya Siti Hajar Iliyes berkata, dia yang mula dikenali menerusi drama 7 Hari Mencintaiku (7HM) akan cuba menjaga imej dan nama baik keluarga supaya tidak tercemar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaja Iliyes ‘cuak’ dengan Wan Maimunah, takut tenggelam dalam babak emosi - “Nak sama level dengan dia memang tak mungkin!”

Menurut aktres berusia 25 tahun ini, dia tidak mahu orang mengenalinya kerana cerita tidak baik sebaliknya hanya ingin dinilai daripada segi bakat lakonannya.

Jaja mahu menjaga nama dan imejnya sepanjang dalam industri seni.

"Saya memang jaga imej dan nama saya. Orang kenal saya memang disebabkan lakonan saya dalam 7 Hari Mencintaiku yang membuka rezeki dan laluan dalam industri seni.

"Bukan saya takut nak cipta kontroversi tapi saya selalu fikir yang saya masih ada keluarga. Saya tak nak orang salah anggap saya masuk industri ini sebab apa.

"Bagi saya, kenapa orang nak kenal kita dengan kontroversi. InsyaAllah saya memang nak orang kenal saya disebabkan lakonan saya sahaja dan saya akan kekalkan sampai bila-bila," katanya kepada mStar.

Pada saya, ada perbezaan artis dan pelakon.

JAJA ILIYES

PELAKON

Jaja memulakan kerjaya lakonan selepas menyertai uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2016 dan selain 7HM tersebut, dia juga dikenali menerusi drama Meh Sandar Pada Aku.

Dalam pada itu, Jaja menegaskan tujuan dia menjejak kaki dalam dunia seni kerana ingin menjadi seorang pelakon bukannya bergelar artis yang dianggap berbeza.

Jelas Jaja, dia yang merupakan bekas pelajar teater enggan memalukan tenaga pengajar di tempat pengajiannya sebelum ini dengan menimbulkan sebarang kontroversi.

Jaja enggan memalukan tenaga pengajarnya dengan menimbulkan kontroversi.

"Tujuan dan niat saya masuk dalam industri sebab nak jadi seorang pelakon...bukannya artis. Pada saya, ada perbezaan artis dan pelakon.

"Saya pun bekas pelajar teater... jadi saya kena gunakan bakat dan pelajaran yang saya belajar sebelum ini. Malu kalau lecturer saya tahu yang budak teater buat perangai

"Banyak mata dan mulut yang memerhati sebenarnya. Nampak saya seorang di hadapan, tapi belakang saya ada guru yang pernah mengajar saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain