suria

Mata kiri Sarah Suhairi dijangkiti kuman dan bernanah gara-gara tak bersihkan mekap

Sarah berkongsi keadaan matanya yang tertutup di laman sosial.

GARA-GARA tidak menjaga kebersihan selepas bersolek, penyanyi Sarah Suhairi mengalami jangkitan kuman bermula di mata kiri kemudian merebak ke sebelah kanan sehingga bernanah.

Sarah memberitahu doktor turut menyarankan supaya membuang benjolan dan nanah dalam kelopak matanya yang timbul disebabkan kelenjar minyak tersumbat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Suhairi masih kuarantin di rumah, belum dapat keputusan ujian saringan selepas pulang dari London

Penyanyi berusia 20 tahun ni juga berkata, dia dinasihati doktor agar tidak memakai sebarang solekan buat sementara waktu untuk mengelakkan menjadi lebih teruk.



Sarah tidak berasa panik apabila berlaku jangkitan kuman pada mata.

"Alhamdulillah... saya masih boleh melihat seperti biasa cuma mata masih bengkak. Pada awalnya, disebabkan jangkitan daripada solekan di mata sebelah kiri kemudian merebak ke sebelah kanan.

"Ada benjolan dalam kelopak mata kanan disebabkan kelenjar minyak tersumbat. Kemudian doktor sarankan untuk buang biji itu selain nanah yang ada di dalam kelopak mata juga.

"Doktor juga ada menasihati lebih kepada saya tidak boleh memakai sebarang solekan buat sementara waktu ini," kata Sarah kepada mStar.

Sebelum ini, juara program realiti Big Stage musim pertama tersebut memuat naik foto di Instagram miliknya memperlihatkan mata kanannya ditutup akibat jangkitan kuman.

Selepas ini, saya kena lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan di mata.

SARAH SUHAIRI

PENYANYI

Rata-rata netizen meluahkan rasa kebimbangan melihat keadaannya dan turut mendoakan agar penyanyi lagu Bicara Rasa itu cepat sembuh.

Dalam pada itu, Sarah mengakui jangkitan tersebut tidak membuatkan dia berasa panik memandangkan ia sudah kerap terjadi sejak dirinya masih kecil lagi.

Menurut Sarah, dia mengalami masalah tersebut hampir setiap tahun disebabkan mempunyai mata yang sangat sensitif sekiranya tidak menjaga kebersihan solekan dengan betul.



Sarah mempunyai mata yang agak sensitif.

"Bila terjadi macam ini, saya tidaklah berasa panik sebab memang dari saya kecil lagi kerap timbul benjolan atau biji di mata sampaikan kadang-kala mata saya tertutup.

"Mata saya memang agak sensitif dan boleh katakan setiap tahun memang akan ada biji yang timbul di mata cuma tahun lalu lagi teruk dari yang biasa.

"Selepas ini, saya kena lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan di mata. Saya selalu bersolek sendiri dan jarang pakai eyeliner ata celak dalam mata sebab sangat sensitif jadi berairm" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain