PENYANYI Black Hanifah terkejut apabila seekor anak kucing secara tiba-tiba jatuh dari tingkat satu sebuah bangunan di hadapannya ketika dia dalam perjalanan ke kedai makan. Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, dia dan isterinya iaitu Naquia Yasirah terus bergegas membawa haiwan tersebut ke sebuah klinik berhampiran. ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tampil kelainan, Black Hanifah angkat dilema seorang duda dalam MV 'Sabar' "Kami baru nak pergi makan... tiba-tiba kucing ini jatuh dari bumbung, Insya-Allah masih boleh diselamat dan kami nak bawa ke klinik. Dengan dukacitanya anak kucing ini tak dapat diselamatkan. BLACK HANIFAH PENYANYI "Kucing ni jatuh dari tingkat satu, kebetulan jatuh depan kami. Minta-minta la boleh diselamatkan. Semoga kita sama-sama prihatin dan ambil tahu," kata Black. Penyanyi lagu Sabar itu berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya pada Rabu dengan memuat naik video yang memperlihatkan keadaan anak kucing itu tidak bermaya. Menerusi video tersebut, doktor memberitahu anak kucing itu mengalami sawan akibat gegaran otak yang memberi kesan pada sistem dalam badan haiwan tersebut. Bagaimanapun, di akhir video tersebut Black meluahkan rasa sedih apabila haiwan kesayangan ramai itu tidak dapat diselamatkan. Black berkongsi video memperlihatkan keadaan anak kucing itu yang tidak bermaya. Malah pelakon telefilem Frontliners ini berharap agar semua pihak dapat membantu haiwan yang dalam kesusahan dan kesakitan seperti itu di masa kelak. "Dengan dukacitanya anak kucing ini tak dapat diselamatkan. Sedikit peringatan kepada kita agar dapat membantu binatang seperti ini jika ianya dalam kesusahan mahupun kesakitan," tulisnya. Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di ruang perkongsian tersebut turut meluahkan rasa sedih melihat keadaan anak kucing itu. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada penyanyi berusia 33 tahun itu atas usahanya untuk menyelamatkan haiwan tersebut. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!