suria

Pulang dari Langkawi, Lufya Omar gelabah ramai yang positif Covid-19 - “Kami batalkan hasrat ke Pantai Cenang, buat keputusan ke private island”

Lufya bercuti bersama anaknya di Pulau Langkawi pada penghujung Disember tahun lalu.

BERITA mengenai pelakon Harris Anuar positif Covid-19 selepas pulang bercuti di Pulau Langkawi membimbangkan aktres Lufya Omar yang pernah berada di lokasi yang sama pada penghujung Disember lalu.

Tidak mahu mengambil sebarang risiko, pemilik nama Luthfyah Sheikh Omar berkata, dia dan anaknya iaitu Laana Haura akan melakukan ujian saringan demi keselamatan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara positif Covid-19 selepas balik bercuti, Harris Annuar dikecam netizen - “Dia tak pergi tempat sesak, tuduhan berpesta di hotel tak benar”

Tambah Lufya, langkah tersebut diambil kerana memikirkan ramai pengunjung di lokasi tersebut melanggar prosedur operasi standard (SOP).



Lufya meluahkan rasa bimbang terhadap kes Covid-19 di Langkawi.

"Nak bercakap sikit fasal ramai orang dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Langkawi baru-baru ni. Tak dinafikan memang menggelabah sikit la bila dengar berita ini.

"Ramai dah pergi swab test lepas balik Langkawi. Rasa-rasanya kena buat juga ni. Dah setahun kita terperuk kat rumah dengan pelbagai cabaran dalam hidup.

"Setahun sekali ni nak juga la bawa anak jalan holiday happy dan lapangkan fikiran. Masalah utamanya orang kita SOP tak jaga. Anak kita pun dipegangnya.

"Teringin juga nak pergi Pantai Cenang tapi bila tengok video ramai orang yang upload ketika itu, ramainya pengunjung datang ke situ dengan tak pakai mask dan bersentuhan," katanya.

Walaupun kos jadi tinggi tapi untuk keselamatan kami sanggup.

LUFYA OMAR

PELAKON

Pelakon drama Umairah itu berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik video ketika bercuti di Pulau Langkawi baru-baur ini di laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Lufya dan mengatakan keadaan di lokasi percutian tersebut sememangnya dipenuhi dengan pengunjung.

Dalam pada itu, Lufya memberitahu dia terpaksa membatalkan hasrat ke Pantai Cenang dan mengambil keputusan untuk pergi ke tempat yang lebih privasi dan tidak dikunjungi pelancong.

Melihat jumlah kes yang semakin meningkat, Lufya akui segelintir rakyat Malaysia kini semakin leka kerana beranggapan negara bakal menerima vaksin tidak lama lagi.



Harris Anuar disahkan positif Covid-19 selepas pulang daripada percutian di Langkawi.

"Kami batalkan hasrat nak ke sana dan mengambil keputusan untuk ke private island (jadi tak ramai orang kat sana) pantai pun tak ramai orang.

"Walaupun kos jadi tinggi tapi untuk keselamatan kami sanggup. Permasalahannya di sini kes mendadak naik sebab orang ramai dah lega and ambil kesempatan sebab vaksin bakal ada.

"Kalau ada pun frontliner yang akan dapat vaksin ni dulu. Kita belum tahu keberkesanannya lagi. Jadi, korang sayangilah nyawa terutama yang ada dengan anak kecil dan orang tua.

"Jaga jarak dan pakai mask. Ambil supplement vitamin c without failed to boost ur immune system. Kita jaga kita bukan kita pentingkan diri kita ya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain