suria

Gaun dedah bahu pernah dipakai Pavithra sebelum Natasha Hudson - “Dia tak selesa minta bahunya ditutup dengan sempurna”

Gaun putih yang digayakan Natasha Hudson juga pernah dipakai Youtuber terkenal, Pavithra.

SUSULAN kontroversi melibatkan gaun putih rekaan Rizman Ruzaini yang dipakai pelakon Natasha Hudson, pereka itu membuat pendedahan baju yang sama juga pernah digayakan oleh Youtuber masakan terkenal, Pavithra beberapa bulan lalu.

Menerusi laman Instagram Rizman Ruzaini, duo pereka itu menjelaskan Pavithra sendiri meminta agar bahagian bahu yang terdedah ditutup ketika menjayakan sebuah sesi fotografi majalah online.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan pereka fesyen gores hati, Natasha Hudson tuntut Rizman Ruzaini mohon maaf - “Mereka berat sebelah... mungkin sebab saya bukan artis gred A”

"Mengimbas semula betapa elegannya Pavithra memakai rekaan Rizman Ruzaini untuk muka hadapan majalah Pepatung beberapa bulan lalu ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Ini merupakan kali terakhir gaun ini dipinjam untuk sesi promosi sebelum ia dijual.

"Gaun ini dipinjam untuk sesi penggambaran dan mereka turut bersama membawa penata gaya untuk memantau sesi fotografi itu.

"Malangnya, gaun itu terlalu terdedah untuk Pavithra (sebelah bahagian bahu terdedah dengan hanya menggunakan fabrik jenis tulle yang see-through) yang mana wanita itu sendiri berasa kurang selesa.

"Pavithra kemudiannya meminta agar bahunya itu tidak didedahkan dan ditutup dengan sempurna.

Pavithra pernah memakai gaun sama ketika menjayakan sesi fotografi sebuah majalah online.

"Penata gaya menghormati permintaan Pavithra dan menggayakannya mengikut keselesaan Youtuber tersebut," katanya.

Pereka itu juga menambah mereka tidak kisah dengan perubahan gaun yang dipakai Pavithra asalkan ia tidak lari daripada rupa asal dres tersebut.

"Kami (Rizman Ruzaini) bersetuju asalkan ia tidak mencacatkan keseluruhan rekaan gaun itu.

"Pavithra pun bukan selebriti Gred A tapi kami tetap teruja untuk bekerjasama dengannya.

Pavithra kemudiannya meminta agar bahunya itu tidak didedahkan dan ditutup dengan sempurna.

RIZMAN RUZAINI

PEREKA FESYEN

"Malah kami turut berbangga apabila seseorang individu menggayakan rekaan kami dengan cara yang tersendiri dan elegan," ujarnya.

Duo pereka, Rizman Ruzaini.

Sebelum ini, kisah pelakon Natasha Hudson memakai gaun sama ketika majlis pelancaran sebuah produk pada Selasa mencetuskan kontroversi gara-gara rekaan baju itu yang dilihat tidak sopan untuk digayakan oleh wanita berhijab.

Walaupun Natasha menjelaskan dia tidak kisah dengan kecaman netizen mengenai perkara itu, namun Rizman Ruzaini melahirkan rasa kekesalan atas tindakan Natasha yang menggayakan gaun tersebut.

Menurut pereka itu, tindakan Natasha dianggap telah mencalarkan reputasi dan imej yang dibina mereka sejak 15 tahun lalu.

Penganjur acara dan pengasas produk yang diwakili Natasha kemudian mempertahankan aktres tersebut dengan menasihati Rizman Ruzaini agar tidak mudah melatah dna menghentam pembeli pakaian mereka.

Dalam masa yang sama, Natasha turut menuntut pereka itu membuat permohon maaf malah berpendapat kenyataan yang dibuat Rizman Ruzaini adalah hanya kerana dia bukan selebriti Gred A yang sering memakai persalinan pereka popular tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain