TIADA angin tiada ribut, pelakon Luqman Hafidz, 30, mengesahkan bakal menyambut cahaya mata pertama pada Februari ini. Berita gembira itu dikongsikan Luqman menerusi Instagram dengan memuat naik gambar bersama isterinya, Nurul Atiqah yang jelas kelihatan sedang sarat mengandung. ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Hafidz kini suami orang, nikah secara tertutup kerana Covid-19 "Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini InsyaAllah. "Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan keluarga lepas pengumuman esok (hari ini). Amin," katanya. Luqman Hafidz bergelar suami pada Mac tahun lalu. Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini InsyaAllah. LUQMAN HAFIDZ PELAKON Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dengan berita berkenaan dan turut mendoakan agar urusan isteri dan anak yang bakal dilahirkan dipermudahkan. Pelakon Ola Bola itu mendirikan rumah tangga pada 20 Mac tahun lalu ketika negara sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup dengan dihadiri 10 orang tetamu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!