suria

Pakaian di ABPBH dikritik tak menarik, Sissy Iman akhirnya dapat tajaan baju untuk hos 'Red Lounge' AJL35

Sissy Iman dapat penajaan baju untuk mengacarakan Red Lounge AJL35.

BAKAL menggalas tugas selaku hos Red Lounge Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada 7 Februari ini, penyanyi Sissy Iman berkata dia sudah menyediakan busana yang bersesuaian dengan tugasnya di acara tersebut.

Menurut Sissy, 26, kali ini busananya akan mendapat tajaan daripada pihak penganjur AJL35.

ARTIKEL BERKAITAN: “Akulah penyebabnya... tapi sekurang-kurangnya dia sopan dan tertib” - Bapa Sissy Imann tata rias anak sendiri, sedih tiada ‘sponsor’

"Untuk tugas saya sebagai hos bersama Red Lounge AJL35, saya dah ada baju yang akan dipakai nanti dan ia merupakan tajaan daripada pihak penganjur. Alhamdulillah, ada pihak yang sudi untuk menaja.

"Pihak produksi tolong saya dapatkan baju dan saya ada juga bagi idea baju macam mana yang saya nak pakai pada malam itu nanti.

Asalkan baju yang digayakan tidak terlalu seksi serta tidak mengganggu kerja pengacaraan itu sudah cukup baik buat saya.

SISSY IMAN

PENGACARA, PENYANYI

"Selepas penampilan saya dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) tempoh hari dikecam, saya jadi lebih teliti dalam pemilihan pakaian.

"Bukan bermaksud sebelum ini saya tidak teliti, sebab saya memang suka baju yang saya pakai pada majlis tempoh hari.

"Cuma mungkin ia tidak kena pada mata orang yang melihatnya," katanya kepada mStar.

Netizen kritik penampilan Sissy Iman pada malam ABPBH33 tidak menarik.

November lalu, penampilan Sissy ketika mengacarakan laluan Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) menerima kecaman ramai selepas gaun yang digayakannya itu dianggap tidak menarik untuk acara berprestij itu.

Gaun yang dipakai Sissy pada malam anugerah itu merupakan hasil rekaan bapanya, Mohammad Kamil Mustaffa, 58.

Walaupun penampilannya dikecam pada majlis tersebut, namun Sissy berkata dia tidak pernah berasa serik untuk menggayakan rekaan bapanya selepas ini.

"Saya memang hargai baju yang ayah saya buat dan selesa pakai pada malam itu. Sebab pada saya, asalkan baju yang digayakan tidak terlalu seksi serta tidak mengganggu kerja pengacaraan itu sudah cukup baik buat saya," ujarnya.

Sissy akan bergandingan dengan Shuk Sahar selaku hos bersama Red Lounge AJL-35 yang akan berlangsung pada 7 Februari ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.

AJL35 akan disiarkan langsung pada pukul 9 malam di TV3.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain