suria

Angka jangkitan Covid-19 naik berganda, Aishah pelik ada kata hanya demam selsema biasa - “Suruh mereka rawat pesakit tanpa PPE”

Aishah mahu hukuman tidak mengira darjat untuk individu yang langgar PKP.

KEPUTUSAN kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula Rabu ini mengundang pelbagai komen dan reaksi daripada masyarakat.

Golongan selebriti turut memberikan pandangan mengenai pengumuman itu dan berharap semua rakyat patuh arahan kerajaan ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Salah seorang penyanyi iaitu Aishah meminta orang ramai belajar daripada kesilapan lalu dan memandang serius mengenai bahaya virus yang masih belum ada penawar itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu kata Aishah kuat 'sentap' tampil mohon maaf - “Kalau tazkirah agama tak jalan, akta komunikasi boleh jaga mulut-mulut puaka!”

Dia turut berharap kerajaan lebih serius menguatkuasakan undang-undang dengan mengambil tindakan yang sama terhadap semua invidividu yang ingkar arahan tanpa mengira latar belakang.

“Kita mulakan semula (PKP), gelombang kali ini angkanya lebih sepuluh kali ganda dari angka tertinggi dari kita lockdown dulu. Adakah kita belajar dari pengajaran dulu?



Aishah berkongsi pandangannya mengenai PKP.

“Saya rasa buang masa saja dulu kita susah payah cuba nak datarkan graf kes baharu rakyat juga yang seksa... kali ini jangan ada lagi undang-undang antara dua darjat, please!

“Terfikir masih ada yang mengatakan Covid-19 ini tidak lebih dari demam selsema biasa, wah suruh dia orang sajalah rawat pesakit Covid tanpa set perlindungan diri (PPE)... kalau betul bagai dikata!” katanya menerusi Instagram.

Pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan enam negeri dikategorikan sebagai negeri PKP iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.



Aishah mahu orang ramai sedar bahaya Covid-19.

Pelaksanaan PKP itu akan berkuatkuasa selama dua minggu bermula 12.01 tengah malam Rabu, sehingga 26 Januari depan.

Enam negeri yang dikategorikan sebagai PKP Bersyarat (PKPB) pula ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, dan Kelantan, manakala dua negeri di bawah kategori PKP Pemulihan (PKPP) ialah Perlis dan Sarawak.

Sepanjang tempoh itu, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah dilarang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

aishah, pkp, ajl35, tidak memilih darjat

Artikel Lain