suria

Gara-gara sering tayang kebahagiaan, Sweet Qismina dan Adam Lee disangka sudah berkahwin - “Not yet tapi akan datang... Insya-Allah”

Sweet dan Adam mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2019.

GARA-GARA kerap memuat naik foto dan video bersama, pelakon Sweet Qismina disangkakan sudah berkahwin dengan kekasihnya yang juga aktor Adam Lee.

Sweet menerima pertanyaan daripada netizen mengenai status sebenar hubungan mereka menerusi ruang komen di perkongsian video terbaharunya di laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Adam Lee, Sweet Qismina makin serius - “Family kami okay, dah jumpa keluarga masing-masing”

"Diorang dah kahwin ke? Minta maaf tanya sebab ramai kata diorang dah kahwin," komen individu tersebut.



Netizen meninggalkan pertanyaan mengenai status hubungan Sweet dan Adam di Instagram.

Menerusi video tersebut, pemilik nama Farhanna Qismina Supandi bersama adiknya iaitu Farhanna Qisrina dan Adam melakukan gerakan tarian sempena perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Rabu.

Enggan membiarkan netizen berterusan membuat andaian, pelakon drama bersiri Pink Smile itu tampil membalas komen individu tersebut.

Pelakon berusia 24 tahun itu menjelaskan dia dan Adam masih belum berkahwin namun berharap individu itu mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.

"Not yet (belum lagi) tapi akan datang, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ya," tulis Sweet secara ringkas.

Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ya.

SWEET QISMINA

PELAKON

Sweet dan Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee kini bergandingan sebagai suami isteri dalam drama bersiri Bidadari Salju yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat di TV3.

Pasangan kekasih ini mula menjalinkan hubungan rapat semenjak mereka digandingkan dalam sebuah drama berjudul Adam Chempaka pada 2019.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut membalas komen tersebut dengan mendoakan agar pasangan itu berkahwin secepat yang mungkin.

"Minat sangat nak mereka berdua... cepat-cepat kahwin tau. Pasangan bahagia Sweet dan Adam... doa yang terbaik untuk pasangan ni. Peminat nombor satu dari Sabah.



Adam menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan Sweet.

"Insya-Allah semoga Sweet dan Adam disatukan sebagai suami isteri... amiin. Semoga sentiasa bahagia selamanya.

"Akak doakan jodoh korang berpanjangan sehingga ke jenjang pelamin dan jannah... amin. Suka tengok korang tau," komen netizen.

Menerusi temu bual bersama mStar pada 23 November tahun lalu, Adam mengakui dia menyimpan hasrat untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasih hatinya iaitu Sweet Qismina.

Pelakon berusia 27 tahun ini bagaimanapun memberitahu buat masa ini dia dan Sweet ingin fokus mengejar impian dalam kerjayanya masing-masing.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain