BAKAL menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Nad Zainal berkata dia memilih untuk melahirkan bayi itu di pusat perubatan yang sama dengan anak sulungnya iaitu Fahad Ibrahim. Selepas mengambil kira beberapa faktor, Nad memilih pusat perubatan berkenaan kerana lokasi yang lebih dekat dan situasi semasa negara yang kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Nad pilih doktor yang sama sambut Yem (anak sulung) untuk baby kedua... faktor lokasi juga main peranan, tak nak jauh-jauh! ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal bakal timang anak kedua, kini hamil empat bulan - “Doakan perjalanan kali ini semudah yang pertama” “PKP pula tu payah kalau nak bergerak jauh-jauh nanti. Apa yang mummy cari pada hospital? Kos, jarak dari rumah atau doktor? “Nad malas nak tukar-tukar doktor... salah satu sebab sekarang memang doktor perempuan iaitu Dr Kay, keduanya biarlah Dr. Kay je yang ‘tengok’ tak payah tambah doktor lain. Bagi saya itu semua (faktor), ” katanya. Nad kongsi persediaannya melahirkan anak kedua. Pelakon drama Hati yang Tersakiti ini berkongsi perkembangan kandungan itu menerusi Instagram pada Rabu. Nad Zainal melahirkan anak melahirkan anak sulung lelaki bernama Fahad Ibrahim Muhammad Faliq di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Oktober 2016. Yem tiap kali ke hospital dia ingat doktor nak belah perut mak dia, asyik tanya, mana baby? tak keluar ke? lambat lagi nak keluar! NAD ZAINAL PELAKON Pada Oktober tahun lalu, Nad mengumumkan dirinya hamil anak kedua dan kini kandungannya memasuki usia tujuh bulan. Dalam pada itu, Nad turut berkongsi keterujaan Fahad yang tidak sabar menantikan kelahiran adiknya itu. Nad bersama suami dan anak tersayang. “Yem tiap kali ke hospital dia ingat doktor nak belah perut mak dia, asyik tanya, mana baby? tak keluar ke? lambat lagi nak keluar! “Trip ke hospital berjalan lancar semalam dengan SOP yang ketat... nasiblah tak ada orang datang check up semalam, mungkin sebab weekdays. “Hospital tengah ubahsuai, harapnya masa bersalin dah siap... tapi cantik betul macam nak beraya pula rasanya, ” ujarnya. Nad berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!