suria

Bimbang bersendirian di Kuala Lumpur, ibu bapa minta Usop balik kampung - “Mereka risau kalau saya buat perkara tak elok”

Usop akui ibu bapanya berat hati mahu melepaskan dia tinggal di Kuala Lumpur.

TAK sampai dua minggu menjalani kehidupan baharu di Kuala Lumpur, penyanyi Usop terpaksa pulang semula ke kampungnya di Kulim Kedah berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata dia diminta pulang ke kampung disebabkan ibu bapanya bimbang sekiranya anak kesayangan mereka tinggal berseorangan di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: Usop tak mahu terus bebankan bapa, mula masuk kelas memandu - “Dah lama niat nak ambil lesen... kasihan dekat ayah dah tua”

"Baru nak mulakan kehidupan baru di KL... dah kena balik Kulim semula sebabkan PKP. Ibu bapa saya suruh balik sebab risau kalau saya seorang dekat KL. Sebelum ini, saya duduk rumah sepupu atau ulang alik Kedah ke KL.



Usop mahu belajar hidup berdikari.

"Tapi tahun ini saya nekad untuk duduk di rumah sewa bersama pengurus dan rakan. Pertama kali saya duduk berjauhan dengan keluarga. Mula-mula itu, ibu bapa saya memang berat hati nak biarkan saya tinggal di KL.

"Mereka risau kalau saya buat perkara tak elok tapi saya ini bukan orang yang buat benda merapu. Kalau habis kerja, balik rumah terus. Bila dah duduk sendiri, baru ada tanggungjawab... kena berjimat cermat," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, naib juara program Big Stage 2020 itu kerap berulang alik dari Kedah ke KL sekiranya mempunyai kerja atau tugasan.

Insya-Allah dalam masa terdekat, lagu terbaharu saya itu akan dilancarkan.

USOP

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi berusia 24 tahun ini memberitahu dia terpaksa bergegas pulang ke Kedah sebaik sahaja selesai menjalani rakaman sebuah program pada malam, Selasa.

Menurut Usop, dia sepatutnya perlu menjalani penggambaran sebuah drama selama sebulan di Kuala Lumpur namun ditunda disebabkan PKP.

Biarpun berasa sedih tidak dapat meneruskan penggambaran buat masa kini, namun Usop meluahkan rasa teruja apabila lagu terbaharunya berjudul Lenyap bakal dilancarkan dalam masa terdekat.



Usop bakal lancarkan lagu terbaharu berjudul Lenyap.

"Malam Selasa, saya bergegas pulang ke Kulim selepas selesai rakaman sebuah program sebab bimbang terlambat dah nak mula PKP. Ikutkan jadual saya sepatutnya sebulan ini sibuk dengan penggambaran drama.

"Tapi disebabkan PKP, terpaksa penggambaran drama itu ditangguh sehingga PKP tamat. Kalau selepas 26 Januari PKP bertukar PKPB, boleh la buat surat untuk merentas negeri tapi kalau PKP juga, terpaksa tunggu saja la.

"Nasib baik, saya sempat selesaikan penggambaran untuk MV lagu terbaharu saya berjudul Lenyap masa awal Januari lalu. Insya-Allah dalam masa terdekat, lagu terbaharu saya itu akan dilancarkan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain