NAMA Norlia Ghani menjadi trending di laman Twitter selepas sebuah akaun memuat naik status membandingkan kecantikan pelakon Kavita Sidhu dengan pelakon veteran itu ketika berusia 30 tahun. Enggan berdiam diri, Kavita menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa sedih apabila membaca status tersebut dan terkilan dengan sikap segelintir netizen yang mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap Norlia. ARTIKEL BERKAITAN: Norlia Ghani terkejut tidak layak terima baki BPN dengan alasan ada syarikat - “Setahu saya tak pernah lagi buka syarikat” Pelakon berusia 49 tahun itu meminta netizen untuk menghormati Norlia, 72, sebagai seorang bintang filem veteran dan ibu kepada rakannya iaitu pelakon Rusdi Ramli. Tolong berhati-hati dengan apa yang kita katakan. KAVITA SIDHU PELAKON "Sekarang dah lebih dari sebelum ini, kita perlu bersikap baik antara satu sama lain. Terasa sangat teruk apabila saya membaca tweet yang tular mengenai Puan Norlia Ghani dan saya. "Tolong berhenti merendahkan sesiapa. Hormatilah dia sebagai senior, bintang filem veteran dan sebagai seorang ibu kepada seseorang. Berhenti mengulang kicau (re-tweeting) dengan menghina wanita lain. "Bagaimana anda menyukai jika netizen berkata perkara yang menyakitkan hati tentang ibu, makcik dan rakan anda? Tolong berhati-hati dengan apa yang kita katakan. Norlia Ghani adalah ibu kepada rakan saya, terima kasih," katanya. Terdahulu, status yang dimuat naik sebuah akaun parodi menerusi Twitter mengundang kecaman hebat daripada peminat pelakon senior dan berpengalaman, Norlia Ghani. Kavita berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya pada Selasa. Ia bermula apabila pemilik akaun berkenaan yang tidak dapat dikenal pasti identiti sebenar itu memuat naik ciapan membandingkan kecantikan Kavita Sidhu pada usia 49 tahun dengan Norlia Ghani. "Kavita Sidhu umur 49. Engkau orang umur 30 dah rupa Norlia Ghani," tulis pemilik akaun parodi tersebut dengan berserta beberapa foto Kavita termasuk berbikini. Dalam pada itu, Norlia atau nama sebenarnya Norlia Ghani Abdul Hamid turut meninggalkan komen di ruang perkongsian di laman Instagram Kavita mengatakan dia tidak mengambil hati dengan perkara tersebut. "It's ok Kavita, no heart feelings," kata Norlia. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!