suria

Kaka Azraff saran kahwin masa PKP agar tidak berseorangan terkurung di rumah - “Jimat dan anda tak akan sunyi”

Kaka seronok main gusti-gusti dengan suami sepanjang tempoh PKP.

PENYANYI Kaka Azraff memberi galakan kepada mana-mana pasangan bercinta agar segera mendirikan rumah tangga di saat negara sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 32, banyak momen manis boleh dilakukan bersama pasangan sekiranya masing-masing sudah sah diijabkabulkan selain tidak akan berseorangan sepanjang 'berkurung' di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sisi lain Kaka Azraff dalam 'Karma' bergandingan dengan penyanyi Indonesia Jazz Hayat

"Seronoknya PKP dengan pasangan. Selain sakit hati dengan partner kita, seronok juga buat benda-benda bodoh bersama.

Kaka berkongsikan aktiviti yang sering dilakukan bersama suaminya sepanjang PKP.

"Masa inilah dapat luang masa yang banyak dengan pasangan.

"Saya sarankan kepada mereka yang sedang bercinta, kahwinlah time PKP ini. Jimat dan anda tidak akan sunyi," katanya.

Seronoknya PKP dengan pasangan. Selain sakit hati dengan partner kita, seronok juga buat benda-benda bodoh bersama.

KAKA AZRAFF

PENYANYI

Perkahwinan Kaka diserikan dengan kehadiran seorang anak lelaki, Aslan.

Menerusi Instagramnya juga, Kaka turut berkongsikan aktiviti menarik iaitu bergusti yang dilakukan bersama suami sepanjang 'terkurung' bersama.

Penyanyi lagu Gila itu memuat naik video menunjukkan aksi suaminya sedang menghempapnya seolah meniru aksi ahli gusti yang sedang bertanding.

Kaka berkahwin dengan ahli perniagaan, Adam Azriff pada 14 Disember 2018.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Aslan yang dilahirkan pada 11 Oktober 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain